Ustaz Ghazali Omar 090119

Kuliah Maghrib

✓ Kerana cintakan dunia, ramai orang sanggup menipu. Berbagai cara penipuannya

✓ Ramai orang apabila dijanji keuntungan yang besar, lupa akan halal haram cara perniagaan tersebut.

✓ Oleh kerana itu pentingnya seorang mukmin mempunyai cukup ilmu agama dan ilmu yang bersangkut kait dengan kegiatan yang diceburi supaya faham akan kehalalan aktiviti tersebut

✓ Setiap ilmu yang dipelajari perlulah dipraktikkan. Supaya ilmu itu tidak hilang ataupun terlupa.

✓ Ilmu juga haruslah ditambah nilainya secara berterusan. Belajar sepanjang masa. Agar kehidupan ini selamat dari melakukan maksiat kerana kejahilannya

✓ Sekiranya ilmu yang dipelajari baru sedikit janganlah mendabik dada dengan menyatakan ilmu kita itu tinggi. Takabur namanya

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Shamsuddin 090809