Ustaz Fauzi 010119
Kuliah Subuh
✓ Allah SWT yang menjadikan siang dan malam. Matahari dan Bulan. Bergerak diatas orbit masing masing. Daripada orbit itu terjadinya takwim masehi atau hijrah.
✓ Matahari dan Bulan sentiasa mengikut ketetapan dan perintah Allah SWT. Tetapi manusia tetap juga degil untuk melakukan ibadah kepada Allah SWT.
✓ Kedatangan takwim baru bukan untuk bersuka ria. Tetapi untuk muhasabah akan apa yang kita gunakan masa yang Allah SWT berikan.
✓ Masa itu penting. Hinggakan Allah SWT bersumpah dengan masa...
✓ Umur sesaorang itu adalah masa yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Tidak boleh dipinda. Jadi persoalannya bukan umurnya yang panjang atau pendek. Tetapi pengisian ibadah dengan masa yang diberikan.
✓ Amalan sesaorang itu juga bergantung kepada ilmunya. Bagaimana hendak diisi masa yang dia dapat untuk beribadah.
✓ Imam Hassan Basri menyatakan Wahai anak Adam! Kalian tidak lain hanyalah dari kumpulan hari, setiap satu hari berlalu maka sebagian dari diri kalian pun ikut pergi'.
✓ Muhasabahlah diri...dulu muda, sekarang sudah tua. Apa yang kita isi akan masa yang berlalu. Ibadah atau maksiat.
✓ Adakah kita hidup secara Islam. Jangan menipu orang lain kerana inginkan kekayaan dunia dengan cepat.
✓ Hidup diisi dengan hiburan. Sehingga leka dengan hendak berseronok. Budaya hidup ini adalah untuk joyful.
✓ Sembahyang yang dikerjakan bukan kerana Allah SWT tetapi kerana berkehendakkan sesuatu. Ada orang yang sudah tidak sembahyang lagi kerana dia tidak mendapat apa yang dihajati. Ingin kaya...
✓ Apabila maut berada dihadapan barulah manusia terkejut. Merayu untuk diberikan masa yang lebih. Baru menyesal...
✓ Surah Sajda 12. Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin".
✓ Didalam kita menyambut tahun baru hendaklah kita insaf bahawa masa yang diberikan Allah SWT hendaklah diisikan dengan amalan soleh. Sebelum maut datang kepada kita.
✓ Wassalam

Comments