Ustaz Shamsuddin 191019
Kuliah Subuh ✓ Nafsu itu selalunya mengajak kita kedalam maksiat. Jika maksiat itu yang terang senang untuk kita melawan. ✓ Tetapi ada kalanya nafsu itu terdapat didalam kita melakukan ketaatan. ✓ Ada juga orang yang memperbanyakkan amal ibadahnya kerana hendak sesuatu hajat. Ada yang inginkan anugerah Allah SWT mendapat karamah. Perkara ini tersembunyi. ✓ Melakukan ibadah kerana lain daripada Allah SWT itu juga satu kesilapan. Yang mendorong kearah itu adalah nafsu. Ini menunjukkan bahawa nafsu ini merasuk sesaorang itu didalam taat. ✓ Nafsu pada mulanya didalam perkara yang halal. Tetapi lama kelamaan nafsu mengajak sesorang melakukan berlebih lebihan sehingga membawa dosa. ✓ Yang lebih sulit untuk mengesankan nafsu yang berada didalam sesaorang ketika didalam taat. Nafsu mengajak sesaorang berimpikan ganjaran didalam melakukan ibadah seperti di puji orang, mendapat anugerah karamah, dinaikan pangkat dan lain-lain. Kerana nafsu ibadat sesaorang itu terbatal, kerana ia melakukan ibada...