Ustaz Rahmatullah 141019

Kuliah Maghrib

✓ Ada sekelompok orang yang beriman dimasa dahulu yang rasa malu jika mereka tidur malam terlalu lama.

✓ Mereka gembira diwaktu malam. Dapat beribadat dengan penuh tawaduk. Mereka dapat beribadat kerana Allah SWT semata-mata.

✓ Imam Shafie membahagikan malamnya kepada tiga bahagian. Satu bahagian untuk menulis. Satu bahagian untuk beribadat. Dan satu bahagian untuk berehat.

✓ Imam Shafie bila beribadat malam dia menunaikan solat dan membaca Qur'an. Bila membaca ayat mengenai rahmat dia mendoakan agar diberikan kepada nya berkat dan juga seisi umat mukmin. Begitu juga jika dia membaca ayat mengenai azab, dia mendoakan dijauhkan azab untuk dirinya dan seisi umat mukmin.

✓ Abu Sulaiman Ad Darani merasa seronok apabila tiba waktu malam. Kerana hidupnya rasa puas apabila tiba malam hari. Kerana dia dapat melakukan ibadat diwaktu malam.

✓ Rabi'ah Adawiyah juga banyak melakukan ibadat diwaktu malam. Dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Apabila tiba fajar maka dia merasa sedih takut takut ibadahnya tidak diterima Allah SWT.

✓ Tidur waktu malam banyak banyak akan membuat seseorang itu miskin dihari akhirat...

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809