Ustaz Ghazali Omar 290122
Kuliah Maghrib • Pada hari Jumaat sesiapa yg datang ke masjid awal untuk bersolat Fardhu Jumaat akan mendapat ganjaran yang banyak. • Digalakkan memperbanyakkan amal Soleh kerana ganjaran yang berlebih lebihan. • Berdoa pada hari Jumaat dimakbulkan doa hamba NYA. Terutama sewaktu khatib menaiki untuk berkhutbah. • Tetapi saat yang terismewa dimana doa yang paling mustajab dirahsiakan. Maka lebih baik diperbanyakkan doa. • Digalakkan memperbanyakkan sedekah pada hari Jumaat. Beri makanan kepada sebanyak orang yang mampu. • Berbaik dengan penuh kemesraan kepada orang ramai pada hari Jumaat. • Pentingnya melakukan kegiatan dakwah serta menceritakan akan kebaikan agama Islam kepada masyarakat yang bukan muslim. • Hari Jumaat sepatutnya diberikan fokus kepada hal ehwal ibadat agama. Lakukan sebanyak mungkin akan aktiviti keagamaan. • Yakinlah bahawa pada hari Jumaat itu terdapat banyak ruang untuk mendapatkan pahala yang banyak. Tidak harus ada orang mukmin melepaskan peluang keemasan ini....