Ustaz Jihad 220122

Kuliah Subuh

• Orang yang beriman hendaklah berwaspada dengan tipu daya iblis dan syaitan.

• Tipu daya iblis dan syaitan akan membawa kedalam neraka.

• Menghasut manusia untuk membuat amalan. Terutama amalan bersedekah.

• Sedekah merupakan satu amal yang mudah untuk orang yang beriman memasuki syurga.

• Ia mengajak manusia bersikap kedekut. Walhal sifat bakhil itu dikeji Allah SWT.

• Satu lagi sifat yang iblis suka menghasut adalah sifat marah. Kerana bila marah manusia akan melakukan maksiat.

• Rasulullah SAW menyatakan bila marah perlulah sesaorang itu mengawal situasi. Bila berdiri hendaklah duduk dsb.

• Sifat gopoh merupakan satu sifat yang dihasut iblis. Kerana bila sifat gopoh banyak kesalahan dilakukan.

• Sikap itu juga membawa kepada fitnah dan memutuskan silaturrahim.

• Orang yang selalu bersedekah akan dipermudahkan mendapat keampunan Allah SWT. Kerana sikap ini membenarkan imannya kepada Allah SWT.

• Sedekah juga dapat mengurangkan kemurkaan Allah SWT kepada sesaorang. Serta banyak lagi kemudahan yang dianugerahkan NYA.

• Orang yang selalu melakukan sedekah dimusuhi iblis. Ini kerana amalan tersebut mendapat banyak ganjaran daripada Allah SWT. Dipermudahkan segala urusannya didunia. Diringankan sakaratul maut. Diakhirat kelak dipercepatkan hitungannya.

• Syaitan mengajak manusia untuk bersikap riak. Supaya rosaklah amalan yang baik.

• Orang yang beriman hendaklah menjaga diri dan keluarga daripada godaan iblis dan syaitan. Ilmu merupakan benteng daripada tipu daya nya.

• Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914