Ustaz Abdul Malik 290122

Kuliah Subuh

• Manusia tanpa hidayah akan sesat

• Surah An'aam 125. Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.

• Orang yang tidak mendapat hidayah jiwanya tidak tenteram. Walaupun kaya raya tetapi tidak tenang hidupnya.

• Mereka tidak senang dengan hukum Allah SWT. Melihat segala ajaran Islam sebagai satu yang susah. Memandang daripada sudut negatif sahaja.

• Bagi orang yang beriman apabila dia membaca Qur'an jiwanya merasa tenang. Suka untuk terus membaca. Tetapi yang tidak beriman merasa susah.

• Surah Al Qasas 56. Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).

• Hidayah itu kepunyaan Allah SWT. Tiada siapa yang dapat melakukan apa-apa jika tidak diberikan hidayah. Ayat diatas diturunkan kepada Baginda SAW kerana merasa sedih apabila bapa saudara yang dikasihi meninggal dunia tanpa beriman.

• Hidayah itu sumbernya dari Al Quran dan Hadith.

• Maka perlulah setiap orang yang beriman memahami maksud Al Quran dan Hadith.

• Ilmu merupakan satu cara sesaorang itu mendapat hidayah. Didikan agama itu perlu untuk mengembangkan iman sesaorang.

• Hidayah juga terdapat secara natural. Manusia tahu yang dia mempunyai tuhan. Tetapi sekiranya tiada ilmu ia akan sesat jalan menuju kepada Allah SWT.

• Wassalam


Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914