Usta Rahmatullah 140222
Kuliah Maghrib • Orang yang beriman yakin bahawa hidup didunia ini adalah tempat ujian. • Bila diberi ujian dia bersyukur. Serta bersabar menghadapi ujian. Kerana dia tahu bahawa dengan bersabar dia akan mendapat ganjaran yang banyak. • Tetapi jika seseorang itu tidak beriman yang hidup didunia ini adalah tempat ujian. Maka bila ditimpa ujian dia mengeluh. Tidak dapat bersabar. • Ujian utama yang dihadapi orang-orang yang beriman adalah godaan nafsu. Yang menggoda sesaorang itu mencintai hidup didunia melebihi keinginan kejayaan diakhirat. • Bersabar kepada ketaatan hukum Allah SWT. Jika berjaya diberikan ganjaran syurga. Sebanyak 300 darjat • Jika sesaorang itu bersabar dari menjauhi daripada perkara yang dilarang Allah SWT juga diberi ganjaran yang besar. Sebanyak 600 darjat. • Apabila seseorang itu bersabar dari malapetaka akan mendapat ganjaran yang lebih besar. Sebanyak 700 darjat. • Barang siapa yang ditimpa bencana lalu diminta pertolongan da mengadu hanya kepada Allah SWT, maka...