Ustaz Shamsuddin 130222

Kuliah Subuh

• Ibadah yang dilakukan ada yang terikat dengan peraturan waktu-waktu tertentu.

• Waktu itu mengimbangi dengan nafsu sesaorang itu. Ditentukan Allah SWT sesuatu ketetapan waktu adalah untuk mendidik nafsu supaya taat kepada Nya.

• Solat, puasa, zakat, haji, umrah dan banyak lagi perkara-perkara yang sunat ditetapkan waktu tertentu untuk melakukannya.

• Nafsu selalu mengajak manusia untuk menangguhkan sesuatu perkara yang baik. Sekiranya agama tidak menetapkan waktu beribadat maka pasti manusia akan terlepas melakukan kebaikan.

• Waktu itu merupakan jalan yang baik untuk mendisiplinkan diri supaya melakukan ibadat tepat pada waktunya.

• Ketetapan waktu juga untuk mengingati akan ibadah yang perlu dilakukan. Sekiranya tidak ditetapkan waktu maka akan terkandaslah ibadah itu. Nafsu akan mengajak manusia supaya jangan melakukan kebaikan dan ibadah.

• Islam merupakan satu deen. Cara hidup yang tersusun. Ditentukan ibadah diwaktu yang diwajibkan. Sekiranya terlepas waktu itu maka tidak sahlah ibadah itu. Ibadah tidak hanya yang rukun dan wajib. Perkara yang sunat juga ditentukan waktu. Malah ada waktu yang jika dilakukan makruh dan haram hukumnya.

• Ada ibadah yang diluaskan waktunya. Ini adalah satu kemudahan kepada orang untuk melakukan dengan baik. Supaya ibadah dapat dilakukan dengan sempurna. Yang wajib dan sunat dilakukan dengan tertib.

• Begitulah cara Allah SWT mendidik hambanya. Supaya hidup seseorang itu tersusun dan tertib. Melatih diri untuk melawan ajakan hawa nafsu. Kerana nafsu yang tidak dikendalikan dengan baik akan membawa diri sesaorang itu kejalan yang menyesatkan.

• Hikmah peraturan yang ditentukan Allah SWT didalam beribadah kepada NYA adalah supaya setiap hamba sentiasa kembali kepadaNya. Kembali kepada ketaatan supaya berjaya diakhirat.

• Secara natural manusia jika tidak diikatkan dengan peraturan akan terbabas melakukan kejahatan. Nafsu suka kepada jalan yang jahat. Jalan keneraka. Maka Islam menyusun ketetapan beribadat supaya manusia berjaya diakhirat kelak.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914