Usta Rahmatullah 140222

Kuliah Maghrib

• Orang yang beriman yakin bahawa hidup didunia ini adalah tempat ujian.

• Bila diberi ujian dia bersyukur. Serta bersabar menghadapi ujian. Kerana dia tahu bahawa dengan bersabar dia akan mendapat ganjaran yang banyak.

• Tetapi jika seseorang itu tidak beriman yang hidup didunia ini adalah tempat ujian. Maka bila ditimpa ujian dia mengeluh. Tidak dapat bersabar.

• Ujian utama yang dihadapi orang-orang yang beriman adalah godaan nafsu. Yang menggoda sesaorang itu mencintai hidup didunia melebihi keinginan kejayaan diakhirat.

• Bersabar kepada ketaatan hukum Allah SWT. Jika berjaya diberikan ganjaran syurga. Sebanyak 300 darjat

• Jika sesaorang itu bersabar dari menjauhi daripada perkara yang dilarang Allah SWT juga diberi ganjaran yang besar. Sebanyak 600 darjat.

• Apabila seseorang itu bersabar dari malapetaka akan mendapat ganjaran yang lebih besar. Sebanyak 700 darjat.

• Barang siapa yang ditimpa bencana lalu diminta pertolongan da mengadu hanya kepada Allah SWT, maka DIA akan menolong sebelum hamba itu meminta. Tetapi jika seseorang itu mengadu dan mengharap hanya pertolongan dan harapan kepada manusia  ditutup segala kebaikan dunia dan akhirat.

• Bagi orang mukmin segala bentuk ujian itu adalah baik bagi dirinya.

• Digugurkan dosa-dosa bagi sesaorang yang dapat bersabar daripada ujian bala'.yang menimpanya.

• Orang mukmin yang bersabar dengan ujian. Allah SWT memerintahkan malaikat supaya dihapuskan segala catitan dosanya. Juga  diperintah kepada malaikat yang menulis kebaikan supaya ditulis  berlipat ganda segalan amalan baiknya.

• Sesaorang yang beriman jika ditimpa apa saja bentuk ujian, dan segera merayu dan mengharap pertolongan Allah SWT dengan bersungguh sungguh. Maka dia akan mendapat rahmat NYA.

• Seorang yang bermusafir yg sedangb menghadapi sakarat maut dalam kesaorangan. Dia merayu kepada Allah SWT akan keadaan nya. Diperintahkan para malaikat merupai keluarganya dan diiringi jenazahnya kekuburan dan mendoakan kesejahteraan kepada nya hingga kehari Qiamat.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914