Ustaz Abd Halim 220522

Kuliah Subuh

• Amalan seseorang yang beriman ada yang dilihat oleh orang lain. Dinamakan amalan nyata.

• Sebaliknya ada juga amalan yang dijalankan secara bersendirian. Tidak dilihat oleh orang lain. Dinamakan amalan rahsia.

• Amalan yang ikhlas yang dijalankan adalah kerana Allah SWT. Amalan yang benar.

• Bagi seorang yang beriman perlulah apa amalan yang dilihat oleh orang lain itu tidak berlainan dengan amalan bersendirian.

• Janganlah dikhalayak ramai solatnya bukan main tertib lagi. Tetapi bila bersendirian solat itu dirikan secara lewa sahaja.

• Amalan sunat yang dikerjakan Rasulullah SAW hendaklah dikerjakan sebaik yang mungkin. Lakukanlah semampu yang mungkin, jangan ditinggalkan langsung.

• Membaca Al-Quran jangan ditinggalkan. Bacalah setiap hari walaupun beberapa ayat.

• Tetapi amalan wajib itu perlulah dilakukan dengan sebaik yang mungkin. Jangan sekali-kali ditinggalkan tanpa sebab-sebab yang dibenarkan syarie.

• Orang yang beriman hendaklah selalu mengingati Allah SWT. Berzikir itu satu amalan yang dianjurkan. Ianya dilakukan Baginda Rasulullah SAW.

• Majlis Halaqah atau majlis ilmu merupakan juga majlis mengingati NYA. Sebagai berada didalam kebun Syurga. Dihadiri juga oleh para malaikat.

• Bagi sesiapa yang berjumpa dengan taman syurga hendaklah mereka hadir walaupun seketika. Para sahabat bertanya kepada Baginda Rasulullah SAW apakah taman syurga. Baginda SAW menjawab yang taman syurga itu adalah majlis majlis zikir.

• Ambil perhatian dengan ancaman Allah SWT didalam Al Quran. Seperti orang yang lalai semasa mengerjakan solat. Dan amalan yang lain sebagainya.

• Bersedekah itu digalakkan bagi setiap orang mukmin. Berbagai cara yang disyorkan bagi orang yang beriman melakukan. Boleh bersedekah dengan wang, harta, tenaga dan sebagainya. Senyuman pun dianggap sebagai sedekah.

• Orang yang beriman saling ingat-mengingati sesama sendiri. Dan menegur perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh orang mukmin. Melakukan dengan penuh kebijaksanaan. Majis sebegini juga dihadiri oleh para malaikat. Serta para malaikat itu mendoakan mereka.

• Wassalam


 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914