Ustaz Hassan Basri 311222

Kuliah Subuh

• Dari Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Sesungguhya Allah ta'ala berfirman: Siapa yang memusuhi wali-Ku maka telah Aku umumkan perang terhadapnya.

• Siapakah wali Allah SWT?

Surah Yunus...
62. Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
63. (Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa.

• Takrif wali hendaklah diperluaskan. Jangan tersilap definisi wali dengan karamah. Wali adalah mereka yang bertaqwa. Karamah adalah sesuatu perkara yang menyalahi kebiasaan yang dianugerahkan Allah SWT kepada hamba NYA yang Soleh.

• Sambungan hadis...."Tidak ada taqarrubnya seorang hamba kepada-Ku yang lebih Aku cintai kecuali beribadah dengan apa yang telah Aku wajibkan atasnya".

• Wali Allah SWT bila dia melakukan ibadah fardhu dengan penuh kesungguhan.

• Sambungan hadis..."Dan hamba-Ku yang selalu mendekatkan diri kepada-Ku dengan nawafil (perkara-perkara sunnah diluar yang fardhu) maka Aku akan mencintainya".

• Wali Allah SWT juga mereka yang selalu menampung kekurangan beribadah fardhu dengan amalan sunat.

• Sambungan hadis..."Dan jika Aku telah mencintainya maka Aku adalah pendengarannya yang dia gunakan untuk mendengar, penglihatannya yang dia gunakan untuk melihat, tangannya yang digunakannya untuk memukul dan kakinya yang digunakan untuk berjalan. Jika dia meminta kepadaku niscaya akan Aku berikan dan jika dia minta perlindungan dari-Ku niscaya akan Aku lindungi."

• Seorang yang beriman hendaklah berpegang dengan hadis diatas. Yakin dengan rahmat Allah SWT keatas orang yang bertaqwa.

• Hendaklah berusaha untuk mempertingkatkan amalan fardhu dan amalan sunat kerana fadhilat-nya begitu besar.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914