Ustaz Dr Nizam 091124

Kuliah Subuh

• Ahli Sunnah adalah mereka yang mengikut Nabi Rasulullah SAW.

• Wal Jamaah ada mengikut para sahabat Baginda Rasulullah SAW.

• Sunnah adalah perkara...
  - Amalan Baginda Rasulullah SAW
  - Perkataannya
  - Perbuatan para sahabat yang diizinkan Baginda.

• Dalam istilah Sunah Waljamaah, menurut para ahli hadis, Sunah adalah segala sesuatu yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW yang merupakan perbuatan, ketetapan, peribadi, akhlak, mahupun perilaku, sesudah dilantik menjadi Rasul.* Dalam hal ini, amalan Sunnah menurut mereka adalah perbuatan Nabi Muhammad SAW untuk memenuhi kehendak Allah di dalam Quran (Mushtafa as-Sibai, "As Sunnah wa Makanatuha Fit-Tasyri'il Islami"). Sunnah ini disampaikan melalui persetujuan para sahabat Nabi Muhammad SAW.

• Ada ahli sunnah yang beramal dengan amalan mengikut Rasulullah SAW dengan bersandarkan hadith dengan cara yang ketat. Tetapi ada yang beramal dengan lebih Flexi.

• Amalan ramai yang membaca Surah Yasin didalam Jumaat adakah ia mengikut sunnah?
- Ada hadith yang menyatakan pahala bagi mukminin yang berkumpul membaca Al Quran kerana Allah SWT. Maka membaca Yasin juga boleh disandarkan mengikut hadith ini.

• Begitu juga dengan melafazkan selawat keatas Baginda dengan menambah perkataan Sayidina. Bagi kumpulan yang berpegang kuat amalan sunnah yang ketat mereka tidak beramal sedemikian. Bagi orang yang lebih Flexi mereka menambah perkataan Sayidina bersandarkan hadis yang lebih umum.

• Perbezaan tafsiran amalan sunnah adalah perkara yang baik. Tetapi tidak perlu bertengkar didalam hal- hal yang kecil. Perlu perluaskan aplikasi definasi sunnah.

• Berpecah belah sesama mukmin dilarang oleh Baginda Rasulullah SAW.

• Wassalam  

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809