Ustaz Shamsuddin 090809
Kuliah Subuh Bab hukum hudud; mencuri • Yang dibolehkan menghadapi hukum hudud bagi orang yang mencuri adalah apabila jumlah barang yang dicuri itu bersamaan dengan 4.45 gm atau 1/4 Dinar. • Mencuri yang tidak dikenakan hukum hudud; 1) Mencuri secara khianat. Saperti orang yang memecah amanah. Hukum perbuatannya itu tetap haram, dan dihukum dengan hukum takzir. 2) Orang yang menipu. 3) Mengambil harta orang lain secara paksa. Tidak dikerat tangan, tetapi dikenakan hukuman yang lebih berat. 4) Menyambar barangan orang lain secara lalu. Saperti meragut, menyeluk saku. Boleh ditafsirkan saperti diatas. 5) Mengambil buah didahannya kerana terlalu lapar. Wajib digantikan dengan nilai secukupnya. Jika mengambil buah yang telah dipetik maka jika cukup nilainya maka wajib dihukum hudud. • Tersabit kesalahan mencuri dengan beberapa cara. 1) Penyakuan orang yang mencuri 2) Keterangan dua orang saksi lelaki yang adil. Yang dituduh boleh menolaknya dengan bersumpah didalam mahkamah. • Pencuri ter...
Comments