Posts

Ustaz Yusof 070822

Kuliah Subuh • Ujian yang dihadapi umat mukmin semakin hari berbagai. Ada permasaalahan yang dihadapi berulang-ulang semenjak dari masa Baginda Rasulullah SAW. • Surah Ra'ad ayat 17. Ia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu membanjiri tanah-tanah lembah (dengan airnya) menurut kadarnya yang ditetapkan Tuhan untuk faedah makhlukNya, kemudian banjir itu membawa buih yang terapung-apung. Dan dari benda-benda yang dibakar di dalam api untuk dijadikan barang perhiasan atau perkakas yang diperlukan, juga timbul buih seperti itu. Demikianlah Allah memberi misal perbandingan tentang perkara yang benar dan yang salah. Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan. • Masyarakat yang dibina diatas prinsip risalah Islam yang dibawa oleh Baginda Rasulullah SAW adalah yang berkualiti dan mempunyai daya fikir yang cemerlang. • Daya fikir yang...

Ustaz Firdaus 060822

Kuliah Maghrib • Surah Ali-Imran 31. Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. • Ayat diatas untuk mengingati orang yang beriman bahawa hendaklah mereka mengikut cara Baginda Rasulullah SAW beribadat. • Pada tahun 7 hijrah ada satu peristiwa keatas Baginda Rasulullah SAW. Seorang wanita menghadiahkan kepada baginda daging kambing panggang. • Wanita itu namanya Zainab. Daging itu dimasukkan racun. Baginda makan kemudian memuntahkan kerana diberitahu kepada baginda bahawa makanan itu beracun. • Walaupun baginda tidak menelan daging tersebut tetapi racun itu telah masuk ke dalam dirinya. Empat tahun kemudian racun itu membawa baginda sakit kemudian wafat. • Pada tahun ketujuh hijrah ada satu peperangan dengan puak Badwi yang membantu kami musyrikin didalam peperangan Al Ahzab. Baginda dan para sahabat terpaksa melalui per...

Ustaz Syukri 060822

Kuliah Subuh • Kebanyakan orang membuang masa. Dari segi agama maka rugilah orang-orang yang tidak menafaatkan masa yang ada. • Didalam Al Quran dikatakan yang tidak rugi adalah mereka yang beriman melakukan amalan yg Soleh. Dan juga selalu berpesan kepada orang lain agar melakukan kebaikan dengan cara sabar. • Orang yang beriman perlulah beramal dengan amalan yang soleh. Diisi setiap ruang masa dengan mengerjakan kebaikan. Sentiasa mengingati Allah SWT. Serta memperbanyakkan berselawat keatas Baginda Rasulullah SAW. • Rasulullah SAW berpesan kepada para sahabat supaya memperbanyakkan berdoa kepada Allah SWT. Agar ditetapkan hati didalam keimanan. Janganlah imam didalam hati kita berbelah bagi terumbang ambing. Kadang kala beriman dan ada ketika lalai. • Lalai didalam solat dikira membuang masa. Abu Hurairah RA menyatakan bahawa tidak diterima Allah SWT akan solat yang dilakukan dengan tidak khusyuk. • Orang yang beriman digalakkan untuk bangun sepertiga malam untuk melakukan ibadah. S...

Ustaz Rahmatullah 050822

Kuliah Maghrib • Orang yang beriman hendaklah menjadi penuntut ilmu sehingga ke akhir hayat. • Para Ulama'adalah pewaris nabi. Darjat mereka adalah tinggi selepas kedudukan para nabi. Kerana mereka menyeru manusia ke jalan yang diredhai Allah SWT. • Rasulullah SAW membawa risalah Allah SWT. Mengajar manusia mensucikan diri dari perbuatan mungkar. Baginda mengajar mereka akan ayat-ayat Al Quran. • Sesiapa yang menyampaikan ajaran agama kepada orang lain. Dan apa yang disampaikan itu dapat mengubah orang lain kepada kebaikan, maka ganjarannya yang lebih baik daripada seisi dunia. • Kedudukan Ulama'dihari akhirat tinggi. Sebagai sebahagian daripada malaikat Allah SWT. Mereka dibolehkan Allah SWT untuk memberi syafaat kepada orang lain. • Orang yang beriman yang mempelajari ilmu agama serta mengajar kepada orang lain. Pasti Allah SWT menjadikan makhluk yang sentiasa memohon kepada Allah SWT agar mengampunkan dosa-dosa orang tersebut. • Majlis ilmu mempunyai kedudukan yang tinggi. S...

Kuliah Jumaat

Masjid Subang Airport • Surah An-Nisa 97. Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: "Apakah yang kamu telah lakukan mengenai ugama kamu?" Mereka menjawab: "Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi". Malaikat bertanya lagi: "Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?" Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. • Al Quran memberi amaran kepada manusia yang ketika mati sedang menzalimi diri sendiri. • Malaikat bertanya kepada roh si mati yang tidak bersedia bertemu dengan Allah SWT. Mengapa jadi sedemikian? • Ada manusia menyatakan bahawa mereka jadi sedemikianlah kerana ditindas. Malaikat menyatakan bahaw...

Ustaz Nazri 040822

Kuliah Maghrib • Orang yang senang bukan hanya mempunyai harta kekayaan tetapi mempunyai iman. • Orang yang beriman yang berjaya adalah mereka yang selalu berjemaah didalam masjid dan selalu menghadiri majlis ilmu. • Kepentingan bersolat hendaklah difahami oleh semua orang yang beriman. Kewajipan menunaikan didalam apa jua keadaan melainkan mereka yang uzur syarie. • Orang yang beriman hendaklah percaya yang Allah SWT telah menurunkan kitab- kitab melalui Rasulnya. • Kitab Zabur, Taurat, Injil merupakan kitab yang diturunkan melalui Nabi Daud, Musa dan Isa. Al Quran diturunkan melalui Rasulullah Nabi Muhammad SAW. • Didalam Al Quran telah diberitahu kepada manusia yang Allah SWT juga telah menurunkan beberapa kitab sebelum Al Quran. • Risalah Allah SWT adalah untuk memandu manusia kepada jalan yang benar. Siapa yang mengikutnya merekalah yang berjaya dunia dan akhirat. Tetapi mereka yang tidak percaya kepada risalah tersebut akan menjadi orang yang rugi. Diakhirat nanti mereka akan dit...

Ustaz Yahya 030822

Kuliah Maghrib • Ilmu tasawwuf itu luas. Maka kebanyakan orang mencari jalan mencapai kefahaman didalam ilmu ini adalah melalui Tarekat. • Tarekat merupakan jalan mencapai cabang Ehsan didalam Islam yang khusus. • Tidak semua orang mukmin yang melalui jalan ini. Kemungkinan jalan Tarekat ini adalah pilihan Allah SWT keatas hamba NYA. • Orang mukmin selain daripada menjalankan segala hukum didalam Islam, hendaklah mencari jalan untuk merapatkan hatinya dengan zat Allah SWT. Mata hatinya hidup sentiasa melihat akan kebesaran NYA. • Jalan ini memerlukan adab dan ilmu yang tinggi. Perlu mempelajari daripada seorang murabbi. Yang dapat merungkai cara untuk beramal sebagai para Ulama'yang hebat. • Para Ulama' memperbanyakkan selawat keatas Baginda Rasulullah SAW. Mereka cukup menghormati ahli keluarga Baginda dari dahulu hinggalah sekarang. Mereka juga rapat dengan para Ulama' yang besar. • Para sahabat Baginda SAW sungguh - sungguh cintakan Rasulullah. Hinggalah para keluarganya...