Ustaz Firdaus 020722

Kuliah Maghrib

• Khybar merupakan satu penempatan kaum Yahudi 180 km daripada Madinah.

• Kaum Yahudi berjumlah 10 Ribu orang ingin memerangi orang Islam yang berjumlah 1400 atau 1600 orang sahaja.

• Baginda Rasulullah SAW mensyaratkan bahawa orang Islam yang hendak bersama untuk peperangan perlulah bersama Baginda di Hudaibiyah.

• Didalam Surah Al Fath 20. (Sebagai memuliakan orang-orang yang memberi pengakuan taat setianya di Hudaibiyah, Tuhan menujukan firmannya kepada mereka): Allah menjanjikan kepada kamu harta rampasan yang banyak yang kamu akan mengambilnya, lalu Ia menyegerakan untuk kamu harta rampasan perang ini, serta Ia telah menahan tangan manusia (pihak musuh di situ) daripada menyerang kamu; (Allah melakukan yang demikian supaya kamu beroleh manfaat) dan supaya menjadi tanda (yang membuktikan kebenaran janjiNya) bagi orang-orang yang beriman, dan juga supaya Ia menambahkan kamu hidayah ke jalan yang lurus.

• Beberapa puak Yahudi yang datang dari luar ingin bersama dengan Yahudi Khybar didalam peperangan ini. Tetapi akhirnya mereka tidak jadi bersama kerana ada masalah dikampung mereka.

• Kybar ini dikelilingi oleh kubu atau kota. Ini merupakan pertahanan utama mereka.

• Rasulullah SAW dan tentera Islam menyerang kaum Kybar diwaktu pagi ketika ramai orang Yahudi keluar Keladang mereka.

• Rasulullah SAW sebelum menyerang musuh, Baginda bermesyuarat dengan tenteranya untuk menyusun strategi. Baginda guna strategi yang dicadangkan oleh seorang tenteran nya yang terbaik.

• Panji peperangan itu diberi kepada Saidina Ali. Baginda menasihati Saidina Ali supaya jangan menyerang dahulu. Beri peluang dengan tawaran musuh untuk memeluk Islam. Sekiranya mereka enggan barulah diperangi mereka. Saidina Ali berjaya menumpaskan ketua musuh didalam peperangan ini.

• Tentera Islam telah mengalahkan kaum Yahudi didalam peperangan Khybar ini. 19 orang mukmin yang syahid didalam peperangan ini. Pihak musuh terbunuh sebanyak 70 orang.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914