Ustaz Husaimi 270722

Kuliah Maghrib

• Orang yang membuat persiapan amal yang soleh adalah untuk mengharapkan kesejahteraan hidup diakhirat kelak.

• Untuk mencapai kejayaan diakhirat nanti amalan yang dilakukan perlulah dengan betul. Mengikut contoh yang lakukan oleh Baginda Rasulullah SAW.

• Semasa melakukan amalan yang Soleh sesaorang itu perlulah mengiringi ibadatnya dengan doa kepada Allah SWT. Khuatir yang ibadat itu tidak diterima NYA. Bersungguh sungguh memohon agar segala amalan yang dilakukan diterima.

• Maka perlulah sesaorang yang beriman itu menjaga segala ibadat yang dilakukan itu berkualiti.

• Surah Munafiqun ayat 9: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.

• Ibadat yang terpenting adalah solat. Perintah ini disampaikan kepada Rasulullah SAW secara lansung oleh Allah SWT. Ini menunjukkan betapa pentingnya ibadah tersebut.

• Kitab 300 kesalahan dengan melakukan solat adalah dirujuk oleh ustaz.

• Sempurnanya solat bergantung kepada kesempurnaan berwudhu'.

• Berwudhu'adalah wajib untuk melakukan solat. Termasuklah dengan solat jenazah. Ada mahzab yang mewajibkan wudhu' apabila hendak menyentuh Al Quran.

• Ketika berwudhu' tidak digalakkan bercakap cakap mengenai hal keduniaan. Tetapi tidaklah membatalkan wudhu'

• Kuliah bersambung bulan hadapan. Insyaallah.

• Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914