Ustaz Hafizulah 230722

Kuliah Maghrib

• Apa sahaja ilmu yang diperolehi adalah datangnya daripada Allah SWT. Sesuatu kefahaman ilmu itu merupakan nikmat daripada NYA.

• Bagi orang mukmin, ilmu mengenai agama Islam adalah diajarkan oleh Baginda Rasulullah SAW. Dicontohi perbuatan Baginda didalam melakukan ibadat.

• Mengetahui sesuatu ilmu tidak semestinya membawa kepada kefahaman ilmu tersebut. Maka para ulama menyarankan kepada orang-orang yang beriman sekiranya hendak memahami ilmu agama ini perlulah diperbanyakkan berselawat keatas Baginda. Semoga berkat berselawat itu membawa kita kepada memahami berbagai cabang ilmu agama yang agung ini.

• Para ulama menyarankan seseorang mukmin sekurang-kurangnya berselawat keatas Baginda tiga ratus kali sehari.

• Kebahagiaan hidup didunia bagaimana diukur oleh seseorang itu. Adakah diukur dengan kekayaan harta benda? Adakah diukur dari segi kesihatan? Dan sebagainya.

• Sekiranya kebahagian hidup diukur dari segi keduniaan, maka akan kecundang sesaorang itu.

• Begitu juga jika seseorang itu mengukur kebahagian dari segi kelebihan sesaorang. Maka dia akan jadi hamba yang tidak bersyukur.

• Ada orang yang mempunyai rumah yang usang, tetapi dia bahagia. Kebahagiaan itu datang daripada kepatuhan kepada Allah SWT. Bukan kerana harta dunia.

• Pengalaman seorang pemerhati melihat bagaimana sekiranya seseorang itu hidup jauh daripada agama, hidupnya akan menjadi sempit.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914