Ustaz Najmil 230722

Kuliah Subuh

• Orang yang beriman sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah SWT anugerahkan.

• Orang yang bertaqwa cirinya adalah sifat takut kepada Allah SWT sahaja. Yang lain itu hanyalah makhluk Nya sahaja.

• Orang yang takut akan musibah makhluk, maka akan dijauhkan daripada nya. Sebaliknya orang yang takut kepada Allah SWT akan mendekati dengan NYA.

• Didalam hidup ini tidak terlepas daripada ujian Allah SWT. Setiap ujian apabila ditempuhi oleh orang beriman dia akan bersabar. Tidak mengeluh. Hatinya tidak terdetik akan apa yang sedang dilaluinya.

• Bersabar hendaklah didampingi dengan solat. Para sahabat apabila mendapat sesuatu musibah mereka akan melakukan solat. Memohon dengan pertolongan Allah SWT.

• Imam Bukhari semasa kecil matanya buta. Dengan kekuatan sabar dan solat yang dilakukan ibunya, akhirnya dia dapat melihat semula.

• Orang yang bertaqwa mengamalkan segala suruhan dan larangan Allah SWT. Yang termaktub didalam Al Quran dan Hadith.

• Setiap apa yang berlaku keatas diri sesaorang hamba perlulah dia redha akan ketentuan NYA. Orang yang bertaqwa yakin bahawa apa sahaja yang terjadi keatas dirinya adalah yang terbaik. Allah SWT lebih mengetahui daripada kita. Jika kita redha kepada NYA, pasti Allah SWT meredhai akan hamba NYA.

• Janganlah sesaorang itu mati selain daripada mati didalam Islam. Mohonlah kepada Allah SWT agar akhir hayat kita didalam kebaikan.

• Wassalam
  
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914