Ustaz Shahrizan 300722

Kuliah Subuh

• Ganjaran mengerjakan ibadat banyak sekali yang dianugerahkan Allah SWT.

• Tetapi ramai yang tidak terkesan didalam dirinya akan janji ganjaran yang berikan Allah SWT.

• Kenapa jadi demikian? Berkemungkinan ramai tidak terkesan didalam hati kerana terlalu mencintai dunia.

• Sekiranya ganjaran mengerjakan ibadah diberi wang. Maka ramailah orang tidak mahu kerjakan apa-apa melainkan beribadat sepanjang masa.

• Hakikatnya ganjaran akhirat tidak boleh dibandingkan dengan harta dunia ini.

• Solat berjemaah dilakukan didalam masjid mendapat 27 kali ganjaran. Tetapi jika dilihat dari perspektif dunia maka tidak ada nilainya. Diakhirat nanti barulah menyesal kelak.

• Hari ini ramai umat Islam ramai ramai pergi ke Mekah menunaikan fardhu Umrah. Berjuta bilangannya. Sekiranya yang balik daripada umrah itu menyemarakkan masjid, pasti tidak cukup ruang masjid masjid dinegeri ini. Tetapi realitinya masjid banyak yang kosong selain pada hari Jumaat. Kenapa jadi begini?

• Orang yang beriman akan melakukan apa yang sahaja yang diperintahkan oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW.  Apa yang terjadi kepada umat mukmin menunjukkan betapa kecilnya nilai iman seseorang.

• Perlu umat Islam mengambil iktibar yang terjadi kepada umat Islam agar kembali kepada jalan Allah SWT.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914