Ustaz Hassan Basri 170323

Kuliah Maghrib

• Perkara yang halal dalilnya jelas. Perkara yang haram dalilnya jelas. Diantara keduanya adalah perkara yang syubhah.

• Didalam hukum agama bila hendak membatal yang jelas perlu membawa dalil yang juga jelas menunjukkan kepada perubahan tersebut.

• Syubhah terjadi apabila sesaorang itu tidak tahu satu perkara yang tertentu itu halal atau haram. Perkara ini timbul kerana sesaorang itu tidak mempunyai ilmu didalam perkara itu.

• Orang yang beriman perlulah mencari ilmu supaya mendapat kepastian sama ada halal atau haram.

• Meninggalkan perkara syubhah adalah baik. Dia sebagai menjaga diri dan agamanya.

• Syubhah yang membawa kepada haram perlu diberi penekanan. Kerana Rasulullah SAW syorkan kepada para sahabat supaya berwaspada akan perkara yang haram. Baginda andaikan setiap raja ada kawasan larangannya, dan kawasan larangan Allah SWT adalah perkara-perkara yang haram.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914