Ustaz Rahmatullah 030323

Kuliah Maghrib

• Setiap maksiat yang dilakukan akan memberi kesan kepada sesaorang itu. Membawa bencana.

• Bagi sesiapa yang banyak melakukan maksiat tidak terasa kesan buruk keatas dirinya.

• Sebaliknya orang yang Soleh jika terdapat kesan diatas dirinya dia akan cepat merasainya.

• Orang yang selalu melakukan maksiat tidak sensitif akan teguran. Malas untuk melakukan ibadat. Hatinya keras. Hilang kasih sayang kepada orang lain.

• Maksiat adalah perbuatan orang yang menolak kebenaran. Adakalanya dia tahu kebenaran itu tetapi nafsunya membelakangkan nya.

• Manusia yang jauh daripada mengingati Allah SWT adalah mereka yang keras hatinya. Menolak kebenaran. Menentang ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

• Semasa Baginda Rasulullah SAW mula- mula membawa risalah Islam, pemimpin di Mekah tahu yang dibawa oleh Baginda itu benar. Tetapi oleh kerana keras hati,  mereka menolak ajaran Itu. Akhirnya mereka tidak mendapat hidayah dan rahmat Allah SWT.

• Orang yang selalu melakukan maksiat tidak akan merasakan kemanisan melakukan ibadat.

• Orang yang tidak menjaga maksiat matanya akan hilang kekuatan mata hatinya.

• Orang yang memilih makanan yang statusnya syubhat akan membuat jiwanya gelap. Tidak mendapat cahaya iman.

• Orang yang tidak banyak melakukan maksiat senang mendapat Taufik. Ia itu dia senang melakukan ibadat kepada Allah SWT. Dipermudahkan kepadanya untuk melakukan ibadah.

• Orang yang berjuang melakukan ketaatan kepada Allah SWT. Pasti DIA akan memberi kemudahan untuk mencapai keredaan NYA.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914