Ustaz Shamsuddin 120323

Kuliah Subuh

• Orang yang beriman hidupnya sederhana. Tidak keterlaluan didalam sesuatu perkara.

• Suka sesuatu perkara, janganlah terlalu suka akan dia. Kerana nanti jika tidak dapat akan merasa dukacita yang sangat.

• Jika kesukaan itu sederhana maka jika berduka juga akan sederhana.

• Begitu juga harta kepunyaan janganlah terlalu sayang kerana jika ia hilang akan membawa kepada kesedihan yang amat.

• Apa sahaja yang dimiliki oleh seorang yang beriman hendaklah bersederhana. Seperti harta, anak pinak, pangkat dan sebagai. Kerana apa sahaja yang kita punya adalah hanya pinjaman Allah SWT.

• Mempunyai harta didalam agama tidak salah. Tetapi perlulah dengan berkhemah. Jangan keterlaluan. Kerana jika hilang tidaklah merasa terlalu sedih.

• Sesaorang yang berusaha dengan kuat untuk memperbanyakkan harta. Jika harta itu hilang akan membawa perasaan kecewa akan kehilangannya. Malah khuatir jika dia lupa kepada kekuasaan Allah SWT. Segala benda adalah milik Allah SWT. Diberi dan ditarik dengan kehendak NYA.

• Kekayaan yang terlalu banyak jika tidak diimbangi dengan keimanan yang kuat akan membawa kecelakaan didalam hidupnya. Sekiranya Allah SWT menarik balik kekayaan tersebut akan membawa kekecewaan yang sangat. Boleh memberi kesan yang negatif kepada akidahnya.

• Orang yang beriman sedar yang segala apa yang dipunyai adalah pinjaman daripada Allah SWT. Tidak harus sayang akan benda tersebut terlalu sangat. Kerana tidak akan kekal benda benda tersebut kerana setiap makhluk akan ada kesudahannya. Yang kekal hanyalah DIA. Maka kasih sayang sesuatu tidak melebihi akan kasih sayang kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914