Ustaz Dr Nizam 110323

Kuliah Subuh

• Allah SWT mempunyai sifat Iradat (kehendak) dan sifat qudrat (kuasa). Serta mempunyai ilmu.

• Didalam mahzab Ahli Sunah Waljamaah tidak wajib bagi Allah SWT melakukan kebaikan.

• Contohnya berlaku bencana alam seperti banjir adalah diatas kuasa Allah SWT. Sedangkan bagi manusia banjir itu satu kejadian yang tidak baik.

• Golongan mazhab Muktazilah berpendapat yang wajib bagi Allah SWT melakukan kebaikan.

• Diakhirat nanti ada manusia yang masuk ke dalam syurga dan ada manusia yang memasuki neraka. Syurga itu baik dan neraka itu tidak baik. Jika wajib bagi Allah SWT melakukan kebaikan sahaja maka kenapa diwujudkan neraka.

• Adanya orang kafir yang akan memasuki neraka menunjukkan bahawa tidak wajib bagi Allah SWT melakukan kebaikan sahaja.

• Walaupun tidak wajib bagi Allah SWT melakukan perkara yang baik sahaja tetapi DIA tidak zalim.

• Wassalam



 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914