Ustaz Shamsuddin 180323

Kuliah Subuh

• Orang yang beriman kedudukan dia didunia ini perlulah menjadi hubungan diakhirat.

• Apa sahaja yang dimiliki didunia ini akan ditinggalkan apabila dirinya kembali kerahmatullah.

• Untuk kesinambungan nikmat daripada harta dan kedudukan duniawi setelah kita mati, perlulah semasa hidup ini digunakan untuk mendapat ganjaran diakhirat.

• Sekiranya harta dan kedudukan sesaorang didunia ini digunakan mengikut kehendak agama. Maka dapatlah pahala yang boleh menjadi bekal diakhirat kelak.

• Sebaliknya jika harta dan kedudukannya tidak digunakan mengikut kehendak agama, maka rugilah dia diakhirat nanti.

• Perlulah diingatkan bahawa semasa hidup didunia ini apa sahaja harta kekayaan dan pangkat kedudukan adalah daripada kurniaan Allah SWT.

• Setiap amanah perlulah dijalankan mengikut kehendak hukum yang ditetapkan Allah SWT. Harta yang diperolehi hendaklah dari sumber yang halal. Memberi zakat apabila cukup haulnya. Serta banyakkan memberi sedekah. Pangkat kedudukan semasa didunia digunakan untuk kebaikan orang ramai dan agama.

• Orang yang beriman yang cara hidupnya mengikut kehendak syariat maka selamatlah dia diakhirat kelak. Sebaliknya orang yang membelakangi hukum syariat semasa hidup didunia ini maka rugilah dia diakhirat nanti.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914