Posts

Ustaz Shamsuddin 121210

Kuliah Subuh Hukum melukakan orang lain • Jika tersabit kesalahan sesaorang yang melukakan secara fisikal yang sampai ke tulang akan dikenakan hukum Qisas. Sekiranya dimaafkan maka hukum Diyat akan dikenakan. • Diyat yang akan dikenakan adalah - 1/20 Diyat bersamaan 5 ekor unta untuk luka tidak sampai ketulang. -1/10 Diyat bersamaan 10 ekor unta untuk luka yand sampai ketulang. -1/3 Diyat bersamaan 30 ekor unta jika luka itu menyebabkan anggota sesaorang hancur. • Jika sesaorang yang memukul sesaorang hingga hilang akal atau penglihatan atau pendengaran, jika tersabit kesalahannya maka dikenakan hukum Diyat. • Contohnya, jika sesaorang itu memukul orang lain hingga hilang kedua penglihatannya. Dan tersabit jenayah tersebut, maka Diyat yang dikenakan adalah 100 ekor unta. Jika sebelah mata sahaja dikenakan Diyat 50 ekor unta. Begitu jugalah dengan anggota yang lain. • Sistem Keadilan didalam hukum kanun Islam begitu terperinci sekali. Ini adalah untuk memastikank...

Ustaz Yussof 051210

Kuliah Subuh • Diakhir zaman ini manusia mementingkan akan persoalan mencari harta dunia. Fokus mereka adalah keduniaan. Dengan apa carapun. Walaupun dengan menggunakan wanita- wanita mereka. • Penganjuran pertandingan kejohanan bola sepak piala dunia yang akan diadakan di Qatar merupakan yang pertama didunia Islam. Tujuannya adalah untuk keseronokkan duniawi. Akan diadakan pesta- pesta arak dan pelacur seperti tahun-tahun yang lampau. Persoalannya dimanakah keutamaan agama Islam? • Agama Islam adalah Adeen. Satu cara hidup yang merangkumi semua aspek kehidupan dunia dan akhirat. Termasuklah cara berpolitik. • Walaupun terdapat suara- suara yang menganjurkan supaya politik dan agama hendaklah dipisahkan. Ini bertentangan dengan syariat Islam. Ulama' besar hari ini Sheikh Yussof Qardawi memberi pandangan bahawa politik dan agama tidak boleh dipisahkan. • Ada juga dikalangan umat Islam yang tidak menolak bahawa berpolitik itu adalah sebahgian didalam syariat Islam. Te...

Ustaz Azman 211110

Kuliah Subuh • Menzalimi orang lain atau diri sendiri hukumnya adalah Haram. • Kebanyakkan orang menzalimi diri mereka sendiri. • Ketahuilah bahawa doa orang yang dizalimi itu mahbul. Tidak ada hijab diantara doa tersebut dengan Allah SWT. • Balasan orang yang menzalimi orang lain adalah berlipat ganda diakhirat nanti. Besar dosanya disisi Allah SWT. • Orang yang mendapat kemurkaan Allah SWT; > Pemimpin yang merampas hak raakyat > Pemimpin yang ditaati kaumnya. Tidak dibeza yang kuat atau yang lemah. Semua dizalimi. > Suami yang tidak mementingkan keluarga dan isterinya. Tanpa mendidik didalam hal agama. > Majikan yang tidak memberi upah pekerjanya dengan cukup sebagaimana yang dijanjikan. > Lelaki yang tidak membayar mahal isterinya sebagaimana yang dipersetujui. • Orang yang beriman hendaklah menghindarkan diri daripada menzalimi orang lain dan diri sendiri. Wassalam Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ustaz Jefri 201110

Kuliah Maghrib • Mengabdikan diri hanya kepada Allah SWT semata mata. • Tiada sekutu bagi Allah SWT. Tiada apa yang menyamai atau mengatasi kekuasaan NYA. • Mempercayai kepada tangkal dan benda- benda yang menyamainya. Malah gelang meknatik juga sekiranya tidak diniat dengan betul boleh membawa kepada perbuatan syirik. • Didalam azan yang berkumandang setiap waktu juga terdapat pernyataan kepercayaan kepada ketuhanan Allah SWT sahaja dan kerasulan Nabi Muhammad SAW, utusan yang terakhir. Azan itu pula dijawab oleh orang- orang yang beriman, sebagai peringatan. • Syirik bagi sesiapa yang menyembah taghud. Yang dikatakan taghut adalah; > Berhala > Manusia yang zalim, yang mengajak manusia menidakkan kewujudan Allah SWT • Orang yang beriman itu takut kepada Allah SWT. Dengan sentiasa menjalankan hukum NYA, dan menghindari larangan NYA. Takut dan mengharap kepada balasanNYA diakhirat kelak. • Orang yang berjaya didunia ini, mengikut Islam adalah mereka yang; ...

Ustaz Rusmaidi 141110

Kuliah Subuh Masjid Al Huda S.Alam • Untuk beramal soleh ada perkara yang menjadi penghalang. - dunia - manusia - syaitan - hawa nafsu • Dunia selalu membuat manusia cuai daripada mengingati Allah SWT. • Imam Ghzali menulis didalam kitabnya, untuk menawan dunia sesaorang itu perlu mempunyai sifat ZUHUD. • Sifat Zuhud itu dimana sesaorang itu mempunyai harta dan pangkat tetapi ia tidak melekat atau terkesan didalam hatinya. • Manusia juga kadangkala mengajak sesama manusia membuat perkara yang menjauhi diri daripada Allah SWT. Mereka merupakan penghalang kepada melakukan ibadah kepada Allah SWT. Maka perlulah manusia sebegini dijauhkan. • Penghalang daripada melakukan ibadah yand soleh juga datangnya daripada perkara yang ghaib. Ia itu syaitan laknatullah. Yang sentiasa berusaha melakukan berbagai perbuatan untuk memesungkan manusia daripada Allah SWT. Manusia yang beriman hendaklah menutup ruang- ruang yang membolehkan syaitan memasuki diri sendiri. • Menutup pintu-pintu syaitan dengan...

Ustaz Dato' Nahrawi 121110

Tazkirah Jumaat Masjid Al Huda Seksyen 19 Shah Alam ¤ Hari Raya Haji atau Eidil Adha atau Hari Raya Korban. ¤ Apabila diberi nikmat hendaklah manusia menunjjukkan kesyukuran mereka dengan: - bersolat - berkorban ¤ korban yang dilakukan umat Muhammad SAW hendaklah mengambil pengajaran daripada korban yang dilakukan Habil dan Nabil. Serta seikhlas korban Nabi Ibrahim mengorbankan anak baginda Nabi Ismail. ¤ Persembahan korban bukanlah bererti yang Allah SWT memerlukan daging atau darah binatang korban. Tetapi Allah SWT melihat ketakwaan hambaNya. ¤ Nabi Ibrahim RA melaksanakan perintah Allah SWT bukanlah kerana baginda tidak sayangkan anaknya. Tetapi kerana ketakwaan kepada Allah SWT. • Saidina Siti Hajar sanggup ditinggalkan suaminya ditengah tengah padang pasir adalah kerana tetakwaan kepada Allah SWT. Begitulah juga Nabi Ismail yang mengizinkan ayahnya meyembelihnya semata mata kerana sifat ketakwaan kepada Allah SWT. Wassalam S...

Ustaz Ali 091110

Kuliah Maghrib • Mempercayai kepada hari akhirat adalah satu daripada rukun iman. • Percaya kepada hari akhirat termasuk - kematian - alam kubur - mahsyar - syurgan dan neraka • Neraka mengikut hadith telah pun disediakan Allah SWT beribu ribu tahun yang lampau. Sehingganya api itu terlalu panas hingga gelap warnanya. • Syurga juga telah pun disediakan. Serta dilingkari dengan perkara yang tidak disukai oleh nafsu. Wassalam Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.