Kuliah subuh oleh Ustaz Shamsuddin 121008

Kuliah subuh yang bertajuk; Bagaimana melaksanakan hukum hudud/ Qisas/ Diyat dan Ta'zil.

Tajuk pagi ini merupakan sambungan kuliah yang disampaikan Ustaz Shamsuddin.

• Hakim mahkamah Syariah ditugaskan menjalankan hukuman yang termaktub didalam Al Quran. Pihak mahkamah tidak mempunyai budibicara didalam hal hudud, segala bentuk hukuman telahpun ditetapkan oleh Allah SWT.

• Contohnya sesaorang yang telah didapati bersalah melakukan sesuatu jenayah tersebut yang termasuk didalam kategori hudud. Maka yang arief Hakim hendaklah menjatuhkan hukum yang terdapat didalam Al Quran dan praktisnya didalam Hadith.

• Sekiranya sesaorang yang didapati bersalah membunuh. Maka pihak mahkamah akan menjalankan hukum Qisas. Dimana mahkamah akan meminta keputusan waris. Jikan waris bersetuju dengan Qisas maka akan dijatukan hukum bunuh. Sekira waris hanya meminta ganti rugi maka dijatuhkan diyat. Sekira pihak waris memaafkan maka pihak mahkamah bolehlah membebaskan tertuduh atau menjalanlkan hukuman ta'zil.

• Orang yang berzina maka setelah tersabit kesalahan didalam Mahkamah. Akan dijalankan hukum hudud. Sekiranya yang menuduh itu didapati palsu maka pihak mahkamah juga akan menjatuhkan hukum mengikut kadar yang terdapat didalam Al Quran dan praktisnya didalam hadith.

• Terdapat juga beberapa hukum yang tidak terdapat didalam Al Quran kerana ayat tersebut telah pun dimansuhkan. Tetapi walaupun ayat itu dimansuhkan bacaannya tetapi hukumnya tetap dijalankan. Maka praktis ini terdapat didalam hadith yang sahih.

• Perbezaan hudud dan qisas
- Didalam kes pembunuhan, digunakan hukum Qisas yang mana hakim hanya mensabitkan kesalahan. Hukuman akan ditentukan setelah mendapat persetujuan waris.

- Kes mencuri pihak mahkamah akan menjalankan hukuman hudud. Pihak hakim setelah mensabitkan kesalahan maka akan dijatukan hukuman, pihak waris tidak mempunyai hak menentukan.

- Didalam kes kehilangan anggota badan. Saperti sesaorang memotong tangan sesaorang dengan sengaja. Jika tersabit kesalahan maka hukum qisas adalah dengan memotong anggota yang sama. Tetapi sekira yang dijatukan hukum sudah tidak mempunyai anggota tersebut maka akan dijalankan hukum diyat. Ia itu menganti rugi.

• Didalam kes ta'zil maka hukuman akan dijatukan mengikut budibicara hakim.

Kuliah akan disambungkan pada bulan hadapan.

Wassalam
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809