Kuliyah Maghrib yg disampaikan oleh Ustaz Muhaimin 081008

Tajuk kuliyah pada malam ini memfokuskan perihal mengiratkan hubungan sesama manusia.

Allah SWT berfirman dengan satu perintah bahawa manusia semua hendaklah berpegang teguh dijalan agamaNya. Kerana satu ketika dahulu manusia ini berpecah belah serta hilang pegangan agama sehingga mereka itu begitu hampir dengan api neraka. Hanyalah dengan rahmatNYA lah manusia dapat diselamatkan.

... itu dia satu jalan kesyurga...

Mempereratkan tali persahabatan dengan orang orang yang beriman dan melakukan amalan soleh. Nasihat menasihati sesama mukmin sapertimana yang ditunjjukkan oleh Saidina Muhammad, Rasulullah SAW. Amalan yang soleh itu juga diikuti oleh para sahabat serta diperturunkan kepada satu genarasi ke satu generasi.

Keberkesanan metodologi ini terbukti didalam lembaran sejarah. Walaupun ada pihak kufur yang cuba sedaya upaya mereka untuk menyempunyikan fakta yang benar.

Hubungan akidah itu hendaklah diberatkan daripada diri dan keluarganya sendiri. Dalam Islam tiada praktis pilih kaseh dan nafsu syahwat.

Didunia ini jalan menuju kepada Allah SWT penuh dengan ujian. Terutama ujian untuk melawan dengan godaan hawa nafsu. Sebab itulah Rasulullah SAW bersabda bahawa jihad yang paling tinggi ada lah berjihad untuk membebaskan diri dan ummah daripada HAWA NAFSU.

Berbaik dan bersopan sesama sendiri supaya ummah ini tidak berpecah belah.

Wassalam.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809