Ustaz Abdul Halim 240110

Kuliah Subuh
Masjid Al Huda, Sek 19, Shah Alam

Apakah amalan yang dapat memperkukuhkan iman sesaorang?

• Menjaga orang Islam yang lain daripada perbuatan lidah kita saperti mengeluarkan perkataan yang menyakitkan hati.

• Menjaga tangan kita daripada menyakiti saudara Islam yang lain. Melakukan perbuatan yang baik. Serta dengan tangan itu kita menghulurkan sedekah dan bantuan kepada yang memerlukan.

• Membelanjakan harta benda kita kejalan yang baik. Saperti wakaf, sedekah dan perkara sunat yang lain.

• Memberikan makanan atau menjamu makanan kepada saudara seislam dapat juga memperkukuhkan iman sesaorang. Seperti memberi makan kepada orang miskin, orang yang hendak berbuka puasa.

• Memberikan salam kepada saudara kita. Kerana itu merupakan satu daripada doa yang menggunakan salah satu asmaul husna. InsyaAllah akan dimakbulkan Allah SWT. Ini juga dapat mempertingkatkan serta memperkukuhkan keimanan.

• Sesaorang Islam itu selalu berbaik dengan saudara seislamnya. Ia tidak mempunyai perasaan dendam, iri hati atau cela kepada orang Islam yang lain.

• Menjaga kesejahteraan kedua orang ibu bapa kita. Berusaha membantu mereka setelah mereka sudah tidak mempunyai kekuatan untuk melakukan pekerjaan lagi. Sekiranya mereka bulum lagi menunaikan ibadat haji, maka anak anak haruslah berusaha mengumpulkan dana untuk membiayai perjalanan mereka.

• Mengasihi Rasulullah SAW mengatasi kasih kepada dirinya sendiri. Menjaga kedudukkan mulia baginda daripada dicela oleh orang lain. Selalu mengucapkan selawat keatas junjungan baginda. Semasa di Madinah hendaklah menziarahi makam baginda. Tetapi janganlah melakukan perkara khurafat yang bertetangan dengan sunnah baginda semasa di masjid Nabawiyah.

• Merasai kemanisan keimanan, perlulah sesaorang itu melebihi kasihnya kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW daripada segalanya. Apabila dia mengasihi sesaorang maka niatnya adalah semata mata kerana Allah SWT.


Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914