Ustaz Rusmaidi 230110

Kuliah Subuh

"Aku adalah gedung ilmu, Saidina Ali itu adalah pintu gedung itu" Sabda Rasulullah SAW.

• Hadith ini menunjjukkan betapa hebatnya kedudukkan Saidina Ali RA dari segi ilmunya.

• Pernah para sahabat bertanya kepada Saidina Ali " Mana yang lebih baik harta atau pun Ilmu".

Jawapannya adalah seperti berikut:

• Ilmu itu lebih baik kerana ilmu adalah waris para anbiya'. Manakala harta adalah pusaka warisan Firaun dan Qaruun yang zalim.

• Ilmu memelihara dikau manakala harta dipegang oleh dikau; kata lagi Saidina Ali RA. Dengan ilmu, walaupun ilmu dunia dapat memelihara tuannya, walhal harta itu perlu dilindungi daripada kecurian dan kerosakkan.

• Orang yang mempunyai harta itu ramai musuhnya. Manakala orang yang mempunyai ilmu pula ramai taulannya.

• Harta apabila diberi kepada orang lain ia akan berkurangan. Manakala ilmu itu bila diberi kepada orang ia tidak akan berkurangan.

• Orang yang mempunyai harta diseru dengan bakhil. Manakala orang yang mempunyai ilmu akan dimuliakan.

• Harta itu hendaklah dipelihara daripada pencuri, manakala ilmu tidak perlu dilindungi daripada pencuri.

• Orang yang mempunyai harta akan dihisab di hari akhirat kelak. Manakala orang yang mempunyai ilmu akan mendapat syufaat.

• Harta mengeraskan hati tetapi ilmu itu menerangkan hati.

• Orang yang banyak harta mengaku dirinya tuhan. Orang yang banyak ilmu mengaku dirinya saorang hamba.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Rahmatullah 190819

Ustaz Shamsuddin 090809

Ustaz Yusuf 030825