Ustaz Dari Indonesia 050612

Ustaz Dari Indonesia 050612
Ustaz Dari Indonesia 050612
  • Kuliah Maghrib, Masjid Al Huda Shah Alam
    • Firman Allah, maksudnya: "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan mengatakan 'Kami telah beriman' sedangkan mereka belum lagi diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah S.W.T. mengetahui orang yang benar dan orang yang dusta. "Surah Al-Ankabut: ayat 2-3.
      • Orang yang beriman selalu bersiap siaga menghadapi ujian daripada Allah SWT
        • Ujian yang akan dihadapi oleh orang orang yang beriman
          • Ujian itu adalah satu yang berat
            • Ia bukanlah sesuatu yang mustahil
              • Ujian itu berat bagi orang kafir tetapi ringan bagi orang yang beriman
              • Orang yang beriman apabila diperintah oleh Allah SWT dan Nabi muhammad SAW
                • Mereka berkata kami dengar dan kami taat
                  • Dengan segera melaksanakan perintah tersebut
                  • Yang selain daripada itu adalah perkara yang kecil sahaja
                    • Tidak kira sesiapapun....
                  • Bagaimana kita pada hari ini menghadapai ujian ...
                    • Sudahkah kita pastikan yang ahli tanggungan kita beramal dengan apa yang telah dituntut oleh syariah Islam?
                      • Sudahkah kita mendirikan solat denagn baik? Sudahkah anak anak perempuan kita menutup aurat?
                        • Sudahkah kita berusaha untuk mempertingkatkan kesatuan mukmin?
                        • 9-24: Katakanlah (wahai Muhammad saw): "Jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, isteri-isteri kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu perolehi, perniagaan yang kamu khuatirkan kerugiannya dan tempat-tempat kediaman yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan rasul-Nya (rasul Allah), dan (juga) berjihad pada jalan-Nya (jalan Allah), maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan ketentuan-Nya (ketentuan Allah). Dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang fasik. Surah At Taubah
                                   Wassalam

                          Comments

                          Popular posts from this blog

                          Ustaz Ghazali Omar 020912

                          Ustaz Shamsuddin 090809