Ustaz Shamsuddin 160612
Ustaz Shamsuddin 160612
- Kuliah Subuh
- Ketentuan yang terjadi keatas diri adalah sesuatu yang ditetapkan oleh Allah
- Begitu juga dengan kelebihan atau bakat anugerah Allah SWT
- Hendaklah kita menggunakan anugerah itu dengan baik mengikut landasan agama
- Tetapi apabila manusia itu membelakangi anugerah tersebut maka ia telah menolak satu anugerah Allah SWT
- Adakah kita beradab kepada Allah SWT?
- Adakah perbuatan tersebut satu kebodohan? Tolol?
- Contohnya seorang yang diberi bakat dan kebolehan untuk berniaga
- Dia berjaya didalam bidang tersebut
- Serta cara dia berniaga itu mengikut landasan agama
- Tiba tiba oleh kerana gelojoh untuk mengumpul harta ia bertukar daripada seorang peniaga kepada seorang peladang yang dia tidak mempunyai kemahiran
- Maka perbuatan tersebut merugikan dirinya dan juga masyarakat. Serta ia seolah menolak anugerah Allah SWT
- Tidakkah perbuatan tersebut satu kebiadapan kepada Alllah SWT serta menunjjuk kebodohan dirinya. Malah dia boleh ditakrifkan seorang tolol.
- Bagi orang yang tinggi tingkatan imannya kepada Allah SWT
- Seorang yang tasawuf, maka apabila dia menolak anugerah Allah SWT kepadanya maka dirasakan seperti seorang yang tidak beradab.
- Menolah 'Al Waktu' iaitu menolah satu anugerah Allah SWT yang baik kepada yang kurang baik.
- Seolah manusia itu berlaku satu kebiadapan kepada yang memberiNYA
- Melakukan satu dosa besar
- Tidaklah manusia itu tidak boleh berubah....
- Berubah daripada sesuatu yang tidak baik kepada yang baik itu digalakkan oleh agama
- Berusaha kepada yang baik disegi agama adalah dituntut
Comments