Ustaz Mohd Jihad 251014

Kuliah Subuh Masjid Al Huda Shah Alam
  • Saorang mukmin apabila ia bercakap...
    • Perkataan yang baik sahaja
    • Tidak berdusta
    • Sekira tidak ada yang baik dicakap dia berdiam sahaja
  • Majlis Ilmu
    • Mendidik masyarakat mengenai kehebatan agama Islam
    • Agar mempunyai akhlaq yang mulia
    • Membezakan halal dan haram
  • Mengikut Islam,  sesaorang manusia...
    • Apabila melakukan sesuatu pekerjaan hendaklah dia berlandaskan hukum Allah SWT
    • Tidak mempertikaikan hukum agama
    • Dia akan membuat pertimbangannya sendiri jika tiada hukum didalam agama ataupun pendapat para ulama'
  • Allah SWT menyekat rezeki sesaorang
    • Dihalang rezeki sesaorang oleh kerana dosa yang dilakukan
    • Apabila Allah SWT menetapkan sesuatu maka tiada siapa yang dapat menghalanginya
    • Ramai yang tidak berlaku adil kerana takut dihalang manusia akan rezekinya
    • Apabila didalam sesuatu masyarakat ramai yang tidak amanah maka pintu rezeki akan ditutup
  • Rezeki didalam konteks Islam...
    • Bukan hanya wang dan harta
    • Anak yang soleh merupakan satu rezeki yang melebihi wang berjuta ringgit
    • Mendapat keredhaan Allah SWT didalam pekerjaan harian

Wassalam
Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Shamsuddin 090809