Ustaz Yussof 021114

Kuliah Subuh, Masjid Al Huda Shah Alam

  • Peristiwa yang jadi dinegara akhir ini menunjjukkan bahawa ramai umat Islam jahil akan beberapa aspek agama. Saperti program menyentuh anjing yang dianjurkan oleh sebuah organisasi NGO.

  • Muslim dan Muslimah perlulah menjaga kesucian agama Islam. Setiap amalan yang dijalankan perlulah berasaskan kepada ilmu dan hukum yang sohih.
  • Dibulan Muharram ini merupakan titik perubahan yang baik bagi sesaorang yang beriman mempertingkatkan syiar agama Islam
  • Jagalah kesucian agama yang murni ini daripada sikap orang- orang yang memusuhi akan agama ini. Terdapat beberapa fitnah yang ditaburkan keatas ulama' dan institusi agama Islam.
  • Perlulah diawasi akan beberapa perkara yang berkaitan dengan kegunaan teknologi. Walaupun ada kebaikkannnya tetapi juga didapati banyak juga kesan yang negatif. Contohnya ada para jamaah membawa masuk talipon bimbit semasa bersolat. Lagu yang digunakan sebagai 'ring tone' boleh menggangu jemaah lain untuk bersolat.



  • Islam adalah satunya sahaja agama disisi Allah SWT. Tiada ada agama yang lain yang setaraf dengannya. Tidaklah dibolehkan bagi umat Islam menarafkan agama lain sama dengan Islam.
  • Tetapi tidaklah dibenarkan umat Islam menghina agama dan bangsa yang lain. Kerana manusia semua dijadikan Allah SWT. Tentulah perancangan Allah SWT itu adalah yang terbaik.
  • Akhir ini terdapat didalam beberapa akhbar tempatan ada golongan yang menghina golongan yang lain. Semata mata kerana mereka itu berlainan bangsa dan negara asal mereka. Ini bukan daripada ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

  • Satu sifat tamadun Islam adalah ketinggian budi serta menghormati perbezaan. Orang yang beriman sifatnya adalah penyayang, bersopan santun, suka mambantu orang lain, melindungi orang yang lemah, bersikap adil. Inilah tarikkan ramai orang kafir memeluk Islam.
  • Orang beriman perlulah menunjjukkan satu contoh yang baik. Dari segi amalan, sikap harian perlulah berasaskan kepada hukum agama. Seperti memastikan pakaian diri dan keluarga menutup aurat.
  • Wassalam


Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809