Ustaz Firdaus 101020
Kuliah Subuh • Semasa peperangan Uhud, Rasulullah SAW menghadapi satu kumpulan manusia yang munafiq. Mereka sebagaikan musuh didalam selimut. Disaat akhir menghadapi musuh mereka tinggalkan tentera mukmin. • Salah seorang sahabat yang rapat dengan Baginda Rasulullah SAW telah wafat didalam peperangan Uhud. Dia adalah Saidina Hamzah. Yang juga bapa saudara Baginda. • Juga yang bersama sama syahid adalah 70 orang para sahabat Baginda SAW. • Wahsyi merupa seorang hamba yang musyrik membunuh Saidina Hamzah. Dibunuh secara tikam curi. Walau bagaimanapun akhir hayatnya Wahsyi ini memeluk agama Islam. • Para sahabat apabila Baginda SAW memerintahkan berjihad mereka secara segera akan berangkat. • Ramai orang dari pihak mukmin syahid didalam peperangan Uhud. Ini disebabkan ada kumpulan tentera mukmin yang tidak mengikut arahan Baginda. • Tentera mukmin yang terdiri dari pemanah yang ditempatkan diatas bukit. Diarahkan jangan meninggalkan tempat itu walaupun apa pun terjadi. Tetapi tentera itu ...