Ustaz Firdaus 101020

Kuliah Subuh

• Semasa peperangan Uhud, Rasulullah SAW menghadapi satu kumpulan manusia yang munafiq. Mereka sebagaikan musuh didalam selimut. Disaat akhir menghadapi musuh mereka tinggalkan tentera mukmin.

• Salah seorang sahabat yang rapat dengan Baginda Rasulullah SAW telah wafat didalam peperangan Uhud. Dia adalah Saidina Hamzah. Yang juga bapa saudara Baginda.

• Juga yang bersama sama syahid adalah 70 orang para sahabat Baginda SAW.

• Wahsyi merupa seorang hamba yang musyrik membunuh Saidina Hamzah. Dibunuh secara tikam curi. Walau bagaimanapun akhir hayatnya Wahsyi ini memeluk agama Islam.

• Para sahabat apabila Baginda SAW memerintahkan berjihad mereka secara segera akan berangkat.

• Ramai orang dari pihak mukmin syahid didalam peperangan Uhud. Ini disebabkan ada kumpulan tentera mukmin yang tidak mengikut arahan Baginda.

• Tentera mukmin yang terdiri dari pemanah yang ditempatkan diatas bukit. Diarahkan jangan meninggalkan tempat itu walaupun apa pun terjadi. Tetapi tentera itu tidak mengikut perintah Baginda. Mereka melihat tentera mukmin telah berjaya maka mereka tinggalkan kubu diatas bukit. Tentera musuh mengambil kesempatan mengambil alih kubu itu menyerang tentera mukmin dari atas bukit.

• Tentera mukmin yang meninggalkan kubu mereka diatas bukit kerana melihat harta rampasan perang. Nafsu untuk mendapat harta akhirnya melekakan tentera itu.

• Rasulullah SAW juga didalam peperangan Uhud ini membunuh seorang musyrik. Ini merupakan satu-satunya orang yang Baginda membunuh didalam hayatnya.

• Ramai orang mukmin yang terbunuh didalam peperangan Uhud ini mayat mereka di cincang dan dirobekkan oleh tentera musyrikin. Beginilah akhlak orang orang kafir. Agar menjadi pengajaran kepada orang orang yang beriman.

• Ada sahabat yang tercedera parah didalam perang tersebut sebelum meninggal dunia, sempat menceritakan kepada sahabat yang lain yang dia sudah pun melihat pintu syurga. Serta membau wangian syurga.

• Wassalam


 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914