Ustaz Ghazali Omar 061020

Kuliah Maghrib

• Rasulullah SAW bersabda
    •  Syaitan masuk
    •  Celah celah saf solat berjemaah

• SOP diwaktu COVID19 disuruh renggang saf. Adakah ini berlawanan dengan sabda Rasulullah SAW. Keputusan majlis fatwa adalah diwaktu yang tertentu.

• Menolak kemudaratan lebih utama dari menjalankan kebajikan. Ini merupakan kaedah usul fiqh didalam Islam.

• Didalam keadaan darurat perlulah mengikut arahan pakar pakar kesihatan. Ini adalah untuk kebaikan bersama. Virus yang berjangkit ini tidak memilih siapa yang dijangkiti.

• Al-Ma'idah 5:2

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تُحِلُّوا۟ شَعَٰٓئِرَ ٱللَّهِ وَلَا ٱلشَّهْرَ ٱلْحَرَامَ وَلَا ٱلْهَدْىَ وَلَا ٱلْقَلَٰٓئِدَ وَلَآ ءَآمِّينَ ٱلْبَيْتَ ٱلْحَرَامَ يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِّن رَّبِّهِمْ وَرِضْوَٰنًاۚ وَإِذَا حَلَلْتُمْ فَٱصْطَادُوا۟ۚ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَـَٔانُ قَوْمٍ أَن صَدُّوكُمْ عَنِ ٱلْمَسْجِدِ ٱلْحَرَامِ أَن تَعْتَدُواۘ وَتَعَاوَنُوا۟ عَلَى ٱلْبِرِّ وَٱلتَّقْوَىٰۖ وَلَا تَعَاوَنُوا۟ عَلَى ٱلْإِثْمِ وَٱلْعُدْوَٰنِۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلْعِقَابِ

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ingat halal membuat sesuka hati mengenai syiar-syiar ugama Allah, dan mengenai bulan-bulan yang dihormati, dan mengenai binatang-binatang yang dihadiahkan (ke Makkah untuk korban), dan mengenai kalong-kalong binatang hadiah itu, dan mengenai orang-orang yang menuju ke Baitullah Al-Haraam, yang bertujuan mencari limpah kurnia dari Tuhan mereka (dengan jalan perniagaan) dan mencari keredaanNya (dengan mengerjakan ibadat Haji di Tanah Suci); dan apabila kamu telah selesai dari ihram maka bolehlah kamu berburu. Dan jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaum kerana mereka pernah menghalangi kamu dari masjid Al-Haraam itu - mendorong kamu menceroboh. Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).

get Quran App:bit.ly/AlQuranApp

#GreentechApps

• Didalam keadaan genting pihak ummah hendaklah bertanggungjawab untuk bantu didalam kebaikan. Jangan melakukan fitnah orang yang tertentu hinggakan mengucar-kacirkan kesejahteraan jemaah.

• Didalam mengerjakan solat berjemaah yang diutamakan adalah berada diatas saf yang depan. Luruskan saf, samakan tumit. Diwaktu biasa hendaklah dirapatkan saf. Tetapi waktu darurat ikutlah SOP yang ditetapkan pihak berwajib.

• Sesiapa yang menghidupkan sunnah Nabi Muhammad SAW tanda dia sayangkan Baginds. Nanti diakhirat akan bersama Baginda. InsyaAllah.

• Bersolat berjemaah Isya' ganjarannya seperti bersolat setengah malam dan berjemaah subuh ganjarannya seperti solat setengah malam lagi.

• Orang yang ada kemunafikan susah untuk solat berjemaah Isya'dan subuh.

• Hendaklah orang-orang yang beriman mengerjakan solat berjemaah terutama solat isya'dan subuh.

• Wassalam

 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914