Ustaz Yusof 041020

Kuliah Subuh

• Orang yang beriman perlu bersyukur akan nikmat Allah SWT. Walaupun apa ujian yang ditempanya.

• COVID19 merupakan ujian kepada umat sekelian. Norma baru yang diamalkan belum pernah didalam hidup kita. Hinggakan melibatkan cara beribadat. Bid'ah yang terpaksa dilaksanakan demi menjaga nyawa ummah.

• Didalam keadaan bagaimana pun prinsip keadilan didalam Islam perlulah dilaksanakan. Contohnya sesiapa yang masuk kedalam negera ini perlulah dikuarantin. Orang awam ataupun para pembesar negara. Tidak adil kalau ada pembesar yang tidak perlu menjalankan kuarantin.

• Pelbagai ujian yang seseorang itu akan hadapi didunia ini. Kemudian didalam alam Barzah juga akan ditempohi ujian. Kesakitan sewaktu mati. Dan soal jawab daripada malaikat. Kemudian menantikan hari akhirat yang ujiannya lebih hebat. Perjalanan dipadang mahsyar yang juga ujian yang hebat.

• As-Saffat 37:22

ٱحْشُرُوا۟ ٱلَّذِينَ ظَلَمُوا۟ وَأَزْوَٰجَهُمْ وَمَا كَانُوا۟ يَعْبُدُونَ

(Allah berfirman kepada malaikat):" Himpunkanlah orang-orang yang zalim itu, dan orang-orang yang berkeadaan seperti mereka, serta benda-benda yang mereka sembah -

get Quran App:bit.ly/AlQuranApp

#GreentechApps

• Dihari akhirat kelak akan dikumpulkan manusia mengikut kluster masing-masing. Yang bermaksiat sesama bermaksiat. Yang beriman bersama beriman.

• Oleh demikian maka orang yang beriman dianjurkan bertaubat setiap hari. Agar diakhirat kelak dihimpunkan bersama sama dengan orang yang soleh.

• Dianjurkan setiap mukmin akan selalu berdoa kepada Allah SWT agar mendapat kesejahteraan hidup didunia dan diakhirat. Serta dilindungi daripada azab api neraka.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914