Ustaz Rahim Nasir 300723
Kuliah Subuh • Tujuan utama orang yang beriman dijadikan Allah SWT adalah untuk beribadah kepada NYA. • Daripada Abu Hurairah RA berkata, bahawa Nabi SAW bersabda: الدُّنْيَا سِجْنُ الْمُؤْمِنِ، وَجَنَّةُ الْكَافِرِ Maksudnya: "Dunia merupakan penjara bagi orang yang beriman dan syurga bagi orang yang kafir". • Bagi orang yang tidak beriman ia itu yang kafir. Hidup didunia ini adalah tempat bersenang lenang. Tidak ada peraturan yang tertentu. • Sebaliknya bagi orang yang beriman hidupnya didunia tidak bebas untuk dia melakukan apa yang dia suka. Dia hendaklah kendali hidupnya mengikut kehendak apa yang diperintahkan agama. • Orang Islam ada peraturan berpakaian. Dia hendaklah berpakaian bersih dan kemas. Serta wajib dia pakai pakaian yang menutup aurat. Ini adalah ketentuan Allah SWT. • Orang yang beriman hendaklah mereka makan makanan yang halal dan bersih. Ada peraturan makan yang halal dan yang haram. Setiap yang halal dan haram itu jelas didalam hukum. Diantara nya juga t...