Ustaz Hassan Basri 050723

Kuliah Maghrib

• Dari Abu Hurairah -raḍiyallāhu 'anhu- dari Nabi -ṣallallāhu 'alaihi wa sallam- beliau bersabda, "Sesungguhnya Allah itu baik, tidak menerima kecuali perkara yang baik, dan sesungguhnya Allah memerintahkan orang-orang yang beriman dengan apa yang Dia perintahkan kepada para rasul, Allah berfirman, "Wahai para Rasul, makanlah yang baik-baik dan kerjakanlah amal saleh, sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (Al-Mu`minūn: 51). Dan Allah berfirman, "Wahai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu." (Al-Baqarah: 172). Kemudian beliau menyebutkan tentang seorang laki-laki yang mengadakan perjalanan jauh dalam keadaan kusut dan berdebu, dia menengadahkan kedua tangannya ke langit (sembari berkata), "Ya Rabb, ya Rabb," sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram, dan dia dikenyangkan dengan yang haram, lalu bagaimana bisa doanya dikabulkan?" 
Hadis sahih - Diriwayatkan oleh Muslim

• Seorang yang beriman percaya apa sahaja yang diperintahkan Allah SWT adalah baik. Tidak ada hukum yang termaktub didalam Quran dan Hadith itu tidak baik.

• Hari ini ramai orang menggunakan logik akal untuk menilai hukum hakam didalam agama Islam. Ini dibawa oleh mereka yang terbabit dalam pemikiran liberal. Pemikiran sedemikian adalah bercanggah dengan ajaran Islam.

• Allah SWT tidak akan terima melainkan amalan, harta dan perkataan yang baik.

• Syarat yang mana Allah SWT menerima amalan sesaorang. Amalan itu perlulah dengan ikhlas serta mengikut syariat. Kedua-dua syarat itu perlu dipenuhi.

• Amalan juga perlu dilakukan dengan terbaik. Hendaklah diperbaiki akan segala kelemahan. Perlulah jika dilihat ada amalan yang kurang baik ditegur oleh sesiapa yang lebih pengetahuan.

• Orang yang beriman juga diperintahkan untuk beramal dengan apa yang diperkatakan kepada Rasulullah. Baginda SAW menerangkan agar orang beriman makan makanan yang halal dan baik. Serta melakukan amalan yang Soleh.

• Menimba ilmu adalah satu kewajipan kepada setiap mukmin untuk mengetahui akan apa yang halal dan haram didalam Islam.

• Allah SWT tidak menerima akan doa orang yang memakan makanan yang tidak halal dan baik. Walaupun doa orang yang mustajab doanya seperti orang yang musafir.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914