Ustaz Syukri Alam Impian 190723

Kuliah Maghrib

• فَوَيْلٌ لِّلْمُصَلِّيْنَۙ
• Surah Maa'un Ayat 4. (Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang. Surah Maa'un.
• الَّذِيْنَ هُمْ عَنْ صَلَاتِهِمْ سَاهُوْنَۙ
• Surah Maa'un Ayat 5. (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya; Surah Maa'un.

• Orang yang lalai didalam solat adalah orang yang melambat-lambatkan solat kerana sibuk dengan hal ehwal dunia.

• Sebagai seorang yang beriman perlulah memberi fokus didalam semua aspek bersolat. Bermula dengan wudhuk dan seterusnya.

• Perlulah mengambil wudhuk mengikut hukum fiqah. Mengikut cara yang ditetapkan imam imam fiqah. Seperti Imam Shafi'e.

• Hendaklah pengambilan wudhuk dilalukan dengan terbaik. Jangan dilalukan sebagai ala kadar sahaja.

• Ganjaran solat itu terlalu banyak, maka setiap mukmin perlulah melakukan ibadat tersebut dengan cara yang paling terbaik. Solat yang baik akan memberi kegembiraan diakhirat kepada yang mengerjakan.

• Takbirratul ihram hendak dilakukan dengan baik. Perlu dilafazkan Allahuakbar dengan sempurnakan.

• Didalam mahzab Al Shafie wajib dilafazkan juga membaca Al Fatihah. Apabila sebelum membaca Ameen berhenti sekejap. Didalam kitab fiqah selepas membaca 'waladhalin' diuharuskan membaca doa untuk ibu bapa kita tetapi bukanlah sunnah jadi terdapat khilaf didalam hal ini.

• Melafazkan ketika membaca tasyahud akhir juga merupakan rukun khauli.

• Melafazkan salam merupakan salah satu rukun Khauli.

• Sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja samalah dia seperti keadaan orang kafir. Terlepaslah dia daripada perlindungan Allah SWT.

• Maka orang yang istiqamah didalam melakukan solat dengan baik akan mendapat perlindungan Allah SWT.

• Wassalam


 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914