Ustaz Rahim Nasir 300723

Kuliah Subuh

• Tujuan utama orang yang beriman dijadikan Allah SWT adalah untuk beribadah kepada NYA.

• Daripada Abu Hurairah RA berkata, bahawa Nabi SAW bersabda:
الدُّنْيَا سِجْنُ الْمُؤْمِنِ، وَجَنَّةُ الْكَافِرِ

Maksudnya: "Dunia merupakan penjara bagi orang yang beriman dan syurga bagi orang yang kafir".

• Bagi orang yang tidak beriman ia itu yang kafir. Hidup didunia ini adalah tempat bersenang lenang. Tidak ada peraturan yang tertentu.

• Sebaliknya bagi orang yang beriman hidupnya didunia tidak bebas untuk dia melakukan apa yang dia suka. Dia hendaklah kendali hidupnya mengikut kehendak apa yang diperintahkan agama.

• Orang Islam ada peraturan berpakaian. Dia hendaklah berpakaian bersih dan kemas. Serta wajib dia pakai pakaian yang menutup aurat. Ini adalah ketentuan Allah SWT.

• Orang yang beriman hendaklah mereka makan makanan yang halal dan bersih. Ada peraturan makan yang halal dan yang haram. Setiap yang halal dan haram itu jelas didalam hukum. Diantara nya juga terdapat makanan yang syubhah yang perlulah dijauhkan.

• Agama juga menetapkan masa yang perlu dijaga dan oleh setiap mukmin. Ada masa yang tertentu dikhususkan untuk beribadat. Begitu juga ada masa untuk bekerja. Serta ada masa untuk tidur dan rehat.

• Begitulah cara hidup seorang mukmin. Dia memerlukan ilmu untuk mengendalikan hidupnya. Islam menentukan cara hidup umatnya.

• DUNIA INI HIJAU DAN MANIS ::

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ

Daripada Abu Sa'id al-Khudri, daripada Nabi sallallahu 'alaihi wasallam, baginda bersabda:

" إِنَّ الدُّنْيَا حُلْوَةٌ خَضِرَةٌ

Sesungguhnya dunia ini manis lagi hijau.

وَإِنَّ اللَّهَ مُسْتَخْلِفُكُمْ فِيهَا

Sesungguhnya Allah menyerahkan urusan dunia ini kepada kalian.

فَيَنْظُرُ كَيْفَ تَعْمَلُونَ

Lalu Allah akan melihat bagaimana kalian melakukannya.

فَاتَّقُوا الدُّنْيَا وَاتَّقُوا النِّسَاءَ

Berhati-hatilah dengan dunia, dan berhati-hatilah dengan wanita.

فَإِنَّ أَوَّلَ فِتْنَةِ بَنِي إِسْرَائِيلَ كَانَتْ فِي النِّسَاءِ

Sesungguhnya ujian yang pertama berlaku kepada Bani Israel adalah berkaitan wanita. [Sahih Muslim, Kitab al-Riqaq, hadis no: 2742]

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914