Kuliah Magrib • قَالَا رَبَّنَا ظَلَمْنَآ اَنْفُسَنَا وَاِنْ لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخٰسِرِيْنَ Surah AL Araff ayat 23. Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi". • Setiap orang tidak terlepas daripada perbuatan dosa yang kecil atau besar. Maka perlulah setiap orang memohon ampun kepada Allah SWT setiap ketika. • Dosa manusia juga mengundang musibah daripada Allah SWT. • Baginda Rasulullah SAW seorang yang maksum. Tetapi Baginda tidak terlepas daripada mengucapkan astaghfirullah setiap hari. • Daripada Abu Hurairah RA, bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda: وَاللَّهِ إِنِّي لَأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ فِي اليَوْمِ أَكْثَرَ مِنْ سَبْعِينَ مَرَّةً Maksudnya: "Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah dan memohon ampun kepadaNya setiap hari l...