Ustaz Rahmatullah 091224

Kuliah Maghrib

• Hati manusia diandaikan...
- rumah yg rosak
- rumah yg elok

• Hati yg rosak banyak melebihi duniawi daripada akhirat. Dia tidak menghiraukan halal haram.

• Hati yang baik banyak memikirkan akhirat. Keelokan hati bergantung kepada keimanan seseorang itu.

• Iman menghalang seseorang daripada melakukan perkara-perkara yang terlarang.

• Malah imam yang kuat akan membawa seseorang itu kuat melakukan ibadat.

• Surah Al Hadid ayat 16 Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka.

• Hati yang tenang adalah dimana seseorang itu berbaik sangka kepada Allah SWT.

• Surah AL Fath ayat 4: (Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

• Surah Al Ahzab ayat 53:
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke rumah Nabi (menunggu makanan masak kerana hendak makan bersama), kecuali kamu dijemput untuk menghadiri jamuan, bukan dengan menunggu-nunggu masa sajiannya; tetapi apabila kamu dijemput maka masuklah (pada waktu yang ditetapkan); kemudian setelah kamu makan maka hendaklah masing-masing bersurai dan janganlah duduk bersenang-senang dengan berbual-bual. Sesungguhnya yang demikian itu menyakiti dan menyusahkan Nabi sehingga ia merasa malu (hendak menyatakan hal itu) kepada kamu, sedang Allah tidak malu daripada menyatakan kebenaran. Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir. Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka. Dan kamu tidak boleh sama sekali menyakiti Rasul Allah dan tidak boleh berkahwin dengan isteri-isterinya sesudah ia wafat selama-lamanya. Sesungguhnya segala yang tersebut itu adalah amat besar dosanya di sisi Allah

• Hati yang baik selalu kembali memohon keampunan Allah SWT.

• Hati yang suci dan bersih adalah mereka yang selalu menjaga mata dan telinga dari perkara yang haram. Jaga daripada lintasan buruk yang masuk ke dalam hati. Yang selalu mengganggu dan tidak bersangka baik dengan ketetapan Allah SWT.

• Wassalam


 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809