Ustaz Shamsuddin 081224

Kuliah Subuh

FB Live
https://www.facebook.com/share/v/127FDGaETo8/

• Orang yang beriman perlu menjaga hubungan dengan Allah SWT dan dengan manusia.

• Para wali, solat bagi mereka seperti sangkar burung. Apa sahaja aktiviti harian, solat tempat kembali kepada Allah SWT. Seperti sangkar bagi seekor burung tempat yang tenang, begitulah bagi orang yang beriman, solat tempat mereka berehat dan tenang.

• Solat yang khusyuk. Terpadam hal-hal duniawi didalam hatinya. Hanya tumpuannya kepada Allah SWT.

• Makam seorang wali, diimbangi hubungannya dengan Allah SWT dan manusia. Akhirat dan duniawi.

• Mengenali Allah SWT perlu ilmu yang betul. Belajar secara berperingkat. Bermula dari asas baru meningkat kepada yang lebih tinggi. Beramal akan ilmu tersebut.

• Ilmu fiqah, akidah dan tasawuf diamalkan dengan keseluruhan. Tidak berat sebelah. Hidupnya juga diimbangkan hubungan Allah SWT dan manusia.

• Amalan yang berhubung dengan Allah SWT ditakrifkan sebagai vertikal. Hubungan sesama manusia ditakrifkan sebagai horizontal.

• Perjalanan vertikal banyak bergantung kepada keredhaan Allah SWT. Jika diizinkan NYA sesaorang itu dapat meningkat secara vertikal. Setelah meningkat, sesaorang itu juga perlu kekuatan mengawal ego untuk dapat menurun agar dapat menjalankan kegiatan horizontal, hubungan sesama manusia.

• Perjalanan vertikal memerlukan ilmu tasawwuf. Serta beramal dengannya.

• Begitu juga perjalanan horizontal iaitu hubungan dengan manusia dan duniawi perlu ilmu yang secukupnya. Serta beramal dengannya.

• Tidak sempurna iman seseorang itu jika amalan hariannya tidak mengikut cara agama iaitu berpandukan Al Quran dan Hadith. Jauh daripada kawalan nafsu.

• Wassalam  

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809