Ustaz Muhaimin 210225

Kuliah Maghrib

FB Live

https://www.facebook.com/share/v/16BQgEfPWh/

• Iman Ghazali menyatakan orang yang bertaubat ada empat golongan.

• Golongan pertama adalah orang yang bertaubat dan dia kekal didalam iman. Tidak mengulangi kesilapan yang lampau. Berlumba melakukan amal Soleh.

• Taubat diatas adalah dikatakan sebagai taubat nasuha.

- Dipermudahkan Allah SWT untuk terus beramal. Tiada nafsu untuk melakukan maksiat. Umurnya pendek. Selepas bertaubat dia dijemput kembali ke rahmatullah.

- Ada juga orang yang bertaubat. Tetapi dia menghadapi rintangan. Selalu kena berlawan dengan nafsu jahatnya. Walaupun dia menang melawan nafsu tetapi laluan taubatnya penuh dengan ujian.

• Golongan kedua. Ada juga orang yang bertaubat.

- Melakukan perkara-perkara yg fardhu
- Tinggalkan dosa besar
- Sekali sekala dia tergelincir
- Cepat berazam tidak ulangi maksiat
- Menyesal bila tumbang
- Berusaha untuk memperbaiki amalnya
- Mengharap keampunan NYA

• Golongan ketiga. Bertaubat. Tetapi masih juga melakukan maksiat.

- Masih banyak beramal.
- Tetapi kalah dengan nafsu.
- Ada niat untuk melakukan dosa.
-  Menangguhkan taubat.
-  Kuatir dia mati tanpa sempat bertaubat.

• Golongan keempat. Orang yang telah bertaubat. Tetapi kembali melakukan maksiat. Tanpa mengulangi taubatnya.

- Berterusan melakukan maksiat
- Kalah dengan nafsunya
- Sekiranya dia mati tanpa mendapat keampunan Allah SWT maka kemungkinan dia dimasukkan ke dalam neraka.
- Tetapi kerana dia beriman, setelah disiksa dia kemudiannya masuk ke dalam syurga.

• Taubat itu hukumnya wajib. Dan hendaklah disegerakan.

• Jangan berputus asa dengan rahmat Allah SWT. Selalu bertaubat. Takut sekiranya meninggal dunia tidak sempat bertaubat,  

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Rahmatullah 190819

Ustaz Shamsuddin 090809

Ustaz Yusuf 030825