Ustaz Abdil Muktadir 180425
Kuliah Maghrib
• https://www.facebook.com/share/v/1BU8UUYGdv/
• Qur'an: Aal-i-Imraan (3:144)
وَمَا مُحَمَّدٌ اِلَّا رَسُوْلٌۚ قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِهِ الرُّسُلُ ۗ اَفَا۟ىِٕنْ مَّاتَ اَوْ قُتِلَ انْقَلَبْتُمْ عَلٰٓى اَعْقَابِكُمْ ۗ وَمَنْ يَّنْقَلِبْ عَلٰى عَقِبَيْهِ فَلَنْ يَّضُرَّ اللّٰهَ شَيْـًٔا ۗوَسَيَجْزِى اللّٰهُ الشّٰكِرِيْنَ
Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu).
• Berita kewafatan Baginda Rasulullah SAW diberitahu kepada para sahabat di Madinah.
• Ketika itu Saidina Abu Bakar tidak ada dikota Madinah.
• Saidina Umar datang ke rumah Aisyah untuk menziarahi Baginda SAW. Dia menyatakan yang Rasulullah SAW sedang tidur.
• Ada seorang sahabat yang menyatakan kepada Saidina Umar yang Baginda SAW telah wafat.
• Saidina Umar tidak dapat menerima hakikat ini. Dia menyatakan siapa yang mengatakan Rasulullah SAW mati dia akan menanggalkan leher mereka.
• Apabila Saidina Abu Bakar datang kemudian. Dia membaca ayat Ali Imran 144. Barulah Saidina Umar menerima hakikat bahawa Baginda Rasulullah SAW telah wafat.
• Mesejnya ayat ini adakah para sahabat beriman kerana Rasulullah SAW. Dan bila Baginda SAW wafat mereka akan kembali tidak beriman.
• Siapa yang kembali kufur. Allah SWT sedikit pun tidak rugi apa-apa. Malah jika mereka terus beriman kerana Allah SWT kebajikan itu kembali kepada mereka.
• Begitu juga umat mukmin hari ini apabila didalam bulan Ramadhan mereka bersungguh-sungguh mengerjakan ibadat. Tetapi sepi bila Ramadhan lalu.
• Hendaklah orang-orang yang beriman mengambil pelajaran daripada Ayat Ali Imran 144. Mesejnya sama.
• Janganlah umat mukmin beribadat kerana bulan Ramadhan bukan kerana Allah SWT semata-mata.
• Ramadhan tetap berlalu. Tetapi Allah SWT yang maha pengasih tetap dan sentiasa melihat hambaNYA.
• Setelah Ramadhan berlalu bulan Syawal tiba. Darjat kaum Muslimin meningkat di sisi Allah disebabkan mereka mendapat pengampunan setelah menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan.
• Sebagaimana sabda Rasulullah SAW:ﷺ "Barang siapa berpuasa di bulan Ramadan kerana iman dan pengharapan maka dosa-dosanya akan diampuni oleh Allah." (HR al-Bukhari, no. 38)
• Syawal dapat dimaksudkan bulan peningkatan iman dan amal soleh sebagai kesinambungan daripada pendidikan moral dan spiritual yang dilaksanakan selama sebulan penuh di bulan Ramadan.
• Pasca Ramadan diharapkan orang-orang yang beriman dapat meraih darjat ketakwaan sehingga di bulan Syawal ini kualiti keimanan mereka semakin meningkat. Tidak hanya kualiti amal ibadah, tetapi juga kualiti dari sudut akhlak yang selama di bulan Ramadan telah dilatih secara zahir dan batin.
• Syawal pada hakikatnya mengandungi semangat peningkatan iman dan amal soleh bersesuaian dengan akar kata kalimah Syawal itu sendiri.
• Oleh sebab itu, sayang sekali apabila di antara sebahagian kaum Muslimin setelah berlalunya bulan Ramadan kembali seperti sebelum Ramadhan.
• Wassalam

Comments