Ustaz Shamsuddin 130425

Kuliah Subuh

• Solat orang yang Ariffin seperti Baginda Rasulullah SAW dan orang yang Soleh.

• Baginda Rasulullah SAW bila solat
  - hatinya gembira yang sangat
  - telah sampai kepada makam ihsan
  - hatinya digerakkan oleh Allah SWT
  - tidak digoda oleh syaitan
  - nafsu tunduk kepada khusyuk

• Hati Baginda Rasulullah SAW gembira didalam solat. Keadaan nya telah capai makam ihsan. 'Conscious' yang Allah SWT melihatnya ketika Baginda solat.

• Didalam solat Baginda SAW, mata hatinya, dapat melihat kebesaran Allah SWT. Makam tersebut membuatkan dia cukup gembira. Satu perasaan yang luar biasa.

• Firman Allah SWT:

وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ ۚ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ

Maksudnya: Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;

(Surah al-Baqarah: 45)

• Daripada Malik bin al-Huwairith, sabda Rasulullah SAW:

صَلُّوا كَمَا رَأَيْتُمُونِي أُصَلِّي

Maksudnya: "Solatlah kamu semua sepertimana kamu semua melihat aku mendirikan solat."

Riwayat al-Bukhari (631)

• Kegembiraan sebelum memasuki waktu dan ketenangan saat menunaikan solat. Kekasih selalu memberikan kebahagiaan kepada yang menemuinya

• Allah SWT menyiapkan jadwal pertemuan di waktu yang telah ditentukannya. Sungguh, solat itu adalah kewajiban yang waktunya ditentukan atas orang-orang yang beriman (QS. An-Nisa: 43).

• Adapun setiap momen pertemuan ini bertujuan agar manusia mendapat penawar terhadap pelbagai masalah yang dihadapi.

• Firman Allah SWT : Maka dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. Dia adalah pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong (QS. Al-Hajj: 78).

• Manusia sangat bergantung pada Tuhan, takdir hidup dan mati kita berada dalam genggamannya.

• Setiap orang yang gembira didalam solat bererti ada Tuhan di hati mereka.

• Oleh karena itu, tunaikan solat dengan kegembiraan sebagaimana kita merindukan setiap perjumpaan dengan kekasih. Siapa yang tidak merasa gembira hendak bertemu kekasihnya, maka hakikatnya ia sudah tidak lagi menjadi bagian dari kekasihnya.

• Maka semampunya kita perlu kembali pada kesadaran untuk bersiap ketika tiba waktu solat dan azan sudah berkumandang. Bersiap bertemu dengan kekasih dengan perasaan rindu dan gembira.

• Nabi SAW menjelaskan bahawa orang yang mencapai tahap IHSAN akan merasakan ketenangan dalam beribadah, kerana mereka merasakan kehadiran Allah yang Maha Melihat, Maha Perkasa, dan Maha Kuasa. Martabat ini merupakan darjat yang tinggi dalam agama.

• Sifat Ihsan sewajarnya menjadi pakaian kita semua kerana ia adalah perintah Allah SWT, bahkan itu akan membawa kebaikan, keharmonian dan kebahagiaan dalam melayari bahtera kehidupan ini.

Benarlah firman Allah SWT:

هَلْ جَزَاءُ الْإِحْسَانِ إِلَّا الْإِحْسَانُ

Maksudnya: "Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik – melainkan balasan yang baik juga?"

(Surah al-Rahman: 60)

• kesempurnaan hati para sahabat r.a. itu seperti firman Allah S.W.T:
وَالسَّابِقُونَ الأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالأَنصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُم بِإِحْسَانٍ رَّضِيَ اللّهُ عَنْهُمْ وَرَضُواْ عَنْهُ
Maksudnya:
"Orang-orang Islam yang dahulu dan yang mula-mula (beriman) dari kalangan Muhajirin dan Ansar serta mereka yang mengikut jalan itu dengan ihsan (kesempurnaan akidah), Allah reda terhadap mereka dan mereka reda terhadap Allah."                    
                                                                                    (Surah al - Taubah, ayat: 100)

• Syaitan atau jin tidak akan dapat mengalahkan orang yang soleh adalah perkataan syaitan sendiri ketika berdialog dengan Allah SWT.

• Iblis berkata:" Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma'siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik". (Surah Al-Hijr 15: 39-40).

• Baginda Rasulullah SAW dan orang- orang  yang Soleh hati mereka telah mencapai makam Ihsan. Solat dan ibadah yang dikerjakan adalah sesuatu yang gembira luar biasa.

• Wassalam


 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Shamsuddin 090809