Ustaz Rahmatullah 140525

Kuliah Maghrib

• Uzlah banyak manfaatnya bagi seseorang. Mendidik hati agar sentiasa mengingati Allah SWT.

• Menurut kamus Al-Mu'jam Al-Arabiy Al-Asasiy, عزلة, uzlah bermaksud menjauhi atau mengasingkan diri daripada orang lain. Uzlah bukannya bererti menjauhkan diri dari manusia pada waktu-waktu senggang ataupun majlis kebajikan, solat berjemaah dan kajian ilmu. Uzlah adalah menjauhkan diri dari kejahatan, maksiat, dan fitnah  malah menghindari perbuatan mubah yang tidak mendatangkan manfaat

• Umat Islam digalakkan mencari ruang waktu dari masa ke masa untuk bersendirian mencari Allah SWT. Bukan sedikit tokoh hebat dan orang salih terdahulu dalam sejarah umat Islam telah mencari kekuatan dengan amalan beruzlah.

• Nama terkenal seperti Sultan Muhamad Al Fateh penakluk kota Constantinople yang kaya dan ternama, pemimpin daripada khalifah Uthmaniyyah bernama Sultan Biyazid dan ramai lagi yang tidak gentar menanggalkan pakaian kerajaan digantikan pakaian zuhud ketika beruzlah mencari kekuatan dengan mengasingkan diri serta beribadah sebanyak-banyaknya.

• Firman Allah SWT yang bermaksud: "Hanya orang Mukmin yang sebenar itu apabila disebut saja nama Allah, gementarlah hati mereka dan apabila dibaca ayat al-Quran, bertambahlah keimanan mereka dan hanya kepada Allah sajalah mereka menyerah diri." (Surah al-Anfal, ayat 2)

• Melalui ketenangan ketika beruzlah juga, kita mencari ilmu mengenai keesaan Allah SWT yang menciptakan segala di antara langit dan bumi, memohon rahmat, keampunan serta cuba memahami sesungguhnya kehidupan di dunia ini hanyalah seketika sementara akhiratlah tempat abadi.

• Hati manusia berbagai. Ada yang sibuk dengan dunia dan maksiat. Ada juga hati yang meninggalkan kecintaan dunia dan syahwat dan tumpu sepenuhnya kepada mendekatkan dirinya kepada Allah SWT.

• Seseorang yang ingin mendekati Allah SWT hendaklah memohon keampunan kepada NYA. Jauhi diri daripada sifat sombong dan bongkak. Seorang hamba perlulah rendah diri kepada NYA.

• Untuk menundukkan hawa nafsu perlulah seseorang itu kurangkan makan. Kerana apabila terlalu kenyang dia mudah melakukan maksiat.

• Hati yang sihat adalah yang tidak mengharap kepada manusia, tetapi sepenuhnya mengharapkan keizinan dan pertolongan Allah SWT.

• Wassalam  

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Shamsuddin 090809