Ustaz Shukrie Alam Budiman 210525

Kuliah Maghrib

• Ketaatan kepada kedua orang ibu bapa adalah wajib hukumnya.

• Peringkat ketaatan kepada ibu bapa adalah selepas ketaatan kepada Allah SWT, Baginda Rasulullah SAW, Hukum syariat yang termaktub didalam Al Qur'an Dan Ulil Amri.

• Ada orang yang beriman melakukan solat tidak mengikut cara Baginda Rasulullah SAW. Bagaimana dikatakan yang dia taat kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.

• Sekiranya tidak mentaati kedua ibu bapa adalah satu dosa besar. Bayangkan dosa sekiranya kita tidak mentaati Allah SWT dan Rasulullah SAW.

• Taat kepada kedua ibu bapa ganjarannya adalah syurga. Bagi seorang isteri dia wajib taat kepada kepada isteri.

• Bagi suami wajib menjaga dan melindungi isterinya dengan penuh kasih sayang.

• Sepatutnya tidak ada manusia yang menderhaka kepada Allah SWT dan RasulNya. Begitu juga sepatutnya tidak ada anak yang menderhaka kepada kedua ibu-bapanya. Tidak sepatutnya seorang isteri menderhaka kepada suami nya.

• Sebaiknya seorang anak selalu mendoakan kepada kedua orang ibu bapa. Setiap kali membaca Fatihah sebelum ucap Ameen bacalah doa.

• Wassalam

 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Shamsuddin 090809